Header Graphic

Gedung Labur Niaga

 

 

Panduan Asas Saham 

 

Panduan Asas Saham ialah e-book untuk pelabur yang baru bercadang untuk mula melabur dalam pasaran saham.

Matlamatnya  ini ialah untuk memberikan maklumat dari peringkat asas dan memimpin tangan pelabur, langkah demi langkah.

 

 Berikut ialah senarai bab dalam ebook ini:

  1. Saham dan Modal Saham
  2. Instrumen Lain Berkaitan Saham
  3. Membuka Akaun Jual Beli Saham
  4. Mula Berdagang
  5. Selepas Jual Beli
  6. Analisis Ringkas Saham
  7. Perkembangan Penting Tentang Saham
  8. Membina dan Menguruskan Modal
  9. Membeli Saham IPO
  10. Sumber Berguna

E-book ini boleh dijadikan rujukan pertama bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut tentang dunia pelaburan saham.

Selepas membaca, bakal pelabur boleh membuat keputusan untuk menentukan sama ada pelaburan saham sesuai untuk mereka.

Saham bukannya sesuatu pelaburan yang patut dipandang mudah walaupun jual beli saham kini sungguh senang dilakukan, terutamanya  menerusi Internet.

Setiap langkah, penilaian dan keputusan perlu dibuat dengan percaturan teliti.

Menerusi buku ini, saya ingin menerangkan kepada pelabur tentang perkara asas di sebalik jual beli saham.

Berasaskan trend semasa, banyak syarikat yang terlibat dalam bidang ini mengajak pelabur masuk ke pasaran tanpa memahami apa sebenarnya yang mereka beli dan lakukan.

Panduan Asas Saham memberikan anda maklumat asas yang perlu sebelum anda terjun ke kancah pelaburan.

Sekiranya diolah dalam buku biasa, jumlah muka surat adalah lebih kurang 100.

Bahasa yang digunakan adalah semudah yang mungkin, tetapi tetap menerangkan konsep yang lebih mencabar dan teknikal.

Bersama pembelian e-book ini saya sertakan juga kompilasi 100 rencana blog pilihan saya.

Klik pada pautan 'Beli Buku' di bawah, isi borang belian dan pastikan emel anda adalah tepat.

Kemudian buat pembayaran seperti yang tertera dalam panduan pembayaran. Anda juga boleh klik pada kaedah pembayaran di menu sebelah kiri untuk maklumat lanjut

Saya akan hantarkan link untuk memuat turun ebook ini sejurus selepas menerima bayaran.

 

Panduan Asas Saham

Harga: RM30
Produk: E-Book

Beli Ebook

 

Tawaran Istimewa

  • Beli 2 produk - Diskaun RM5
  • Beli 3 produk - Diskaun RM10

Selagi alamat penghantaran adalah sama bagi buku fizikal. Lihat menu di sebelah kiri untuk produk saya yang lain.

Peringatan

Buku ini adalah untuk pelabur baru. Bagi mereka yang sudah fasih dengan pelaburan dan jual beli saham, anda boleh membeli buku Panduan Bijak Melabur yang jauh lebih advanced.

Untuk PC berasaskan Windows sahaja.