Ebook & Buku

Saya telah menulis dua ebook dan tiga buku berikut:

1. Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan
2. Panduan Asas Saham
2. Panduan Bijak Melabur
3. Petua Pelabur Tersohor
4. Panduan Pelaburan Unit Amanah

Maklumat terperinci dan kaedah membeli semua buku ini disenaraikan di bawah.


Harga: RM30.00
Halaman: 100 muka surat
Format: PDF untuk semua peranti
(Tiada perisian khas diperlukan) 
Beli Ebook

Ebook ini boleh digunakan sebagai buku pertama untuk dibaca bagi mereka yang baru mula membina aset dan berusaha mencapai kebebasan kewangan.

Kita sedia maklum bahawa sekarang ini ada banyak pilihan pelaburan. Malah banyak kelas pelaburan dalam pelbagai aset kini ditawarkan di Facebook dan menerusi Internet.

Ebook ini memberikan pandangan tentang pelaburan dalam setiap aset dari perspektif neutral dan dengan berpijak di bumi nyata dan bukannya berasaskan 'hype' kerana sudah tentulah mereka yang mempromosikan atau menjual pelaburan tertentu lebih cenderung untuk menonjolkan keuntungan sahaja tetapi bukan kerugian yang dialami pelabur.

Ebook ini juga menerangkan tentang mengapa anda perlu mengumpulkan aset dan bagaimana aset yang menjana pendapatan boleh akhirnya membawa kepada kebebasan kewangan kepada anda, iaitu apabila anda boleh hidup dengan meraih pendapatan daripada aset tersebut sahaja, tanpa mengurangkan nilainya.

Walaupun bukan semua orang boleh menjadi kaya, tetapi semua orang boleh membina masa depan yang lebih cerah. Matlamatnya ialah meningkatkan nilai aset bersih anda tahun demi tahun, sehingga aset itu sendiri dapat menampung sara hidup anda, tanpa perlu bergantung kepada pekerjaan semata-mata.

Klik untuk membaca Kandungan, Kisah Kotak dan Mukadimah.

Klik untuk membeli:   Beli Ebook  


 


Razali Razman
Panduan Asas Saham 
Edisi Ke-2


Panduan Asas Saham ialah e-book untuk pelabur yang baru bercadang untuk mula melabur dalam pasaran saham. Ebook ini bertujuan memberi maklumat dari peringkat asas dan memimpin tangan pelabur, langkah demi langkah untuk membolehkan anda berjaya dalam bidang pelaburan saham.


Berikut ialah senarai bab dalam ebook ini:
  1. Saham dan Modal Saham
  2. Instrumen Lain Berkaitan Saham
  3. Membuka Akaun Jual Beli Saham
  4. Mula Berdagang
  5. Selepas Jual Beli
  6. Analisis Ringkas Saham
  7. Perkembangan Penting Tentang Saham
  8. Membina dan Menguruskan Modal
  9. Membeli Saham IPO
  10. Sumber Berguna
Ebook ini boleh dijadikan rujukan pertama bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut tentang dunia pelaburan saham. Selepas membaca, bakal pelabur boleh membuat keputusan untuk menentukan sama ada pelaburan saham sesuai untuk mereka.

Saham bukannya sesuatu pelaburan yang patut dipandang mudah walaupun jual beli saham kini sungguh mudah dilakukan, terutamanya  menerusi Internet. Setiap langkah, penilaian dan keputusan perlu dibuat dengan percaturan teliti.

Menerusi buku ini, saya ingin menerangkan kepada pelabur tentang perkara asas di sebalik jual beli saham. Berasaskan trend semasa, banyak syarikat yang terlibat dalam bidang ini mengajak pelabur masuk ke pasaran tanpa memahami apa sebenarnya yang mereka beli dan lakukan.

Panduan Asas Saham memberikan anda maklumat asas yang perlu sebelum anda terjun ke kancah pelaburan. Sekiranya diolah dalam buku biasa, jumlah muka surat adalah lebih kurang 100. Bahasa yang digunakan adalah semudah yang mungkin, tetapi tetap menerangkan konsep yang lebih mencabar.

Harga: RM30
Halaman: 115 muka surat
Format: PDF untuk semua peranti
(Tiada perisian khas diperlukan) 

Klik untuk membeli:   Beli Ebook  





Razali RazmanBijak Melabur
Edisi Ke-2 

Ramai pelabur yang melabur dalam pasaran saham tidak membuat sebarang penyelidikan sebelum membeli saham. Mereka mendengar nasihat rakan, saudara-mara atau bisikan khabar angin daripada rakan-rakan tanpa menyiasat kesahihannya.

Mereka tidak sedar bahawa kaedah pelaburan sebegini mengundang risiko. Ramai orang sanggup meluangkan banyak masa membandingkan harga dan kualiti barangan di pasar raya. Namun apabila membeli saham, mereka rasa malas untuk membuat penilaian dan analisis sewajarnya.

Keputusan pelaburan yang maklum dan bijak penting untuk menjamin keuntungan. Buku ini akan dengan membantu anda:
  1. Membuat persedian sebelum melabur
  2. Mendapatkan sumber maklumat berguna
  3. Memilih dan menilai saham
  4. Menentukan masa paling sesuai untuk membeli
  5. Membuat keputusan untuk menjual saham
  6. Mempelbagaikan pelaburan
  7. Membina portfolio saham dan aset anda
Antara topik yang disentuh termasuk:
  • Persediaan Sebelum Melabur
  • Risiko dan Kuasa Kompaun
  • Analisis dan Maklumat
  • Menilai Keupayaan Syarikat
  • Memahami dan Membaca Akaun Syarikat
  • Menilai, Membeli dan Menjual Saham
  • Ganjaran Pemegang saham
  • Unit Amanah, ETF dan REIT
  • Cara Membina Portfolio
  • Mengharungi Turun Naik Saham

Tumpuan diberikan kepada teknik pelaburan asas, bukan teknik dagangan jangka pendek, opsyen waran atau derivatif. Walaupun anda lebih suka melabur menggunakan teknik lain atau memilih instrumen selain daripada saham, anda tidak akan rugi membaca buku ini.

Menggunakan analisis asas, anda akan menilai syarikat yang menjadi sasaran pelaburan dan bukannya semata-mata meninjau pergerakan harga saham dengan carta. Malah, jika anda rasa anda tiada masa untuk membuat analisis, anda boleh menggunakan jalan pintas dengan meneliti analisis yang dibuat oleh pakar pelaburan.

Selepas membaca buku ini, anda akan lebih fasih dengan selok-belok pelaburan dan menggunakan sepenuhnya segala maklumat yang dikumpulkan sebelum membuat keputusan untuk melabur.

Harga:  RM39.90
Halaman: 235 muka surat

Pilihan untuk membeli buku:
  1. http://www.bookplanet.com.my/
  2. Di kedai buku yang menjualnya. Hubungi dulu Kinokuniya, MPH atau kedai buku lain untuk bertanyakan jika mereka ada stok.




Razali Razman
Petua Pelabur Tersohor

Bagi mereka yang mungkin tidak mendapat keputusan yang diingini selepas mempelajari pelbagai kaedah dan mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia saham, apa salahnya anda meninjau kaedah yang digunakan oleh pelabur tersohor yang dipaparkan dalam buku ini.

Membaca dan mengkaji kaedah pelaburan para pelabur yang berjaya mencatatkan rekod pencapaian luar biasa dalam jangka panjang ialah cara yang amat berkesan untuk mempelajari tentang dunia saham.

Mereka ini telah menjana pulangan yang lumayan untuk diri sendiri dan juga pelabur mereka. Kesemua pelabur yang dipaparkan dalam buku ini merupakan pelabur jangka panjang berasaskan fundamental, iaitu berasaskan kekuatan perniagaan dan bukan pedagang jangka pendek yang menggunakan analisis teknikal.

Setiap seorang daripada mereka mempunyai kaedah yang mungkin sedikit berbeza antara satu sama lain tetapi hampir kesemua mereka mencari perkara yang sama apabila membeli saham, iaitu pelaburan yang boleh dibeli pada harga yang lebih rendah daripada nilai sebenar.

Pendek kata, para pelabur tersohor ini cuba menilai sesuatu syarikat dari segenap segi, termasuk potensinya pada masa depan dan kemudian membandingkannya dengan harga saham. Jika harganya berpatutan barulah mereka beli.

Lebih penting lagi sebahagian besar pelabur ini mempunyai rekod pencapaian yang sah dan direkodkan untuk jangka masa yang agak panjang.Ini bermakna ia bukan berasaskan dakwaan dan anggaran tetapi berasaskan rekod urus niaga yang sahih, sebahagian besarnya menguruskan wang pelabur dan juga wang sendiri.

Buku ini membolehkan pelabur kecil memanfaatkan kepakaran dan kebijaksanaan Warren Buffett, Ken Fisher, Peter Lynch, Benjamin Graham, Philip Fisher, John Templeton, Jim Rogers, John Neff, Walter Schloss dan John Bogle dalam membuat penilaian dan pemilihan saham.

Bagi setiap pelabur saya menerangkan:
  1. Prinsip pelaburan asas mereka.
  2. Cara mereka menguruskan portfolio.
  3. Apa yang mereka anggap sebagai saham undervalued.
  4. Situasi apa yang mendorong mereka untuk membeli.
  5. Bila mereka menjual saham atau pelaburan.
  6. Sepuluh petua dan sepuluh mutiara kata setiap seorang pelabur.
  7. Pandangan mereka tentang ekonomi dan pasaran secara keseluruhannya.
Harga:  RM39.90
Halaman: 147 muka surat

Pilihan untuk membeli buku:
  1. http://www.bookplanet.com.my/
  2. Di kedai buku yang menjualnya. Hubungi dulu Kinokuniya, MPH atau kedai buku lain untuk bertanyakan jika mereka ada stok.





Razali Razman
Panduan Pelaburan Unit Amanah

Ramai pelabur unit amanah sebenarnya tidak begitu fasih tentang pelaburan yang mereka buat. Kebanyakan mereka bergantung sepenuhnya kepada nasihat ejen unit amanah atau penasihat kewangan. Nasihat yang diberikan adalah berguna tetapi anda sebagai pelabur perlu mendapatkan maklumat berkecuali dan membuat penilaian sendiri.

Tanpa membuat penilaian sendiri, anda mengundang risiko. Ramai orang sanggup meluangkan banyak masa membandingkan harga dan kualiti barangan di pasar raya. Namun apabila membuat pelaburan, mereka terima sahaja apa yang dinyatakan kepada mereka.

Keputusan pelaburan yang maklum dan bijak penting untuk menjamin keuntungan apabila melabur dalam unit amanah. Buku ini akan dengan membantu anda:
  1. Meninjau unit amanah yang ada di pasaran.
  2. Mengumpul maklumat sebelum membuat pilihan
  3. Menentukan pulangan sesuai berasaskan dana yang dilaburkan.
  4. Membaca jadual dana pihak ketiga
  5. Menentukan kos dan mengira pulangan
  6. Meninjau keadaan pasaran dan ekonomi
  7. Membina portfolio pelaburan anda
Antara topik yang disentuh termasuk:
  • Asas Unit Amanah
  • Pulangan Pelaburan 
  • Pelbagai Jenis Unit Amanah 
  • Prospektus dan Laporan Berkala 
  • Mentafsir Jadual Dana Pihak Ketiga 
  • Memilih, Membeli dan Menjual Unit Amanah 
  • Menentukan Kos dan Mengira Pulangan 
  • Analisis Pasaran dan Ekonomi 
  • Membina Portfolio Pelaburan
  • Melabur Menggunakan Tabungan KWSP
  • Melabur Menerusi Internet 

Tumpuan diberikan kepada cara anda boleh membina kekayaan secara beransur-ansur menggunakan unit amanah berasaskan toleransi risiko dan kecenderungan pelaburan anda sendiri. Penerangan juga diberikan tentang dana aktif dan dana pasif supaya anda dapat menentukan gaya pelaburan paling sesuai dengan anda.

Menggunakan panduan yang diberikan, anda akan dapat membezakan jenis dana dan risiko dan potensi pulangan setiap satu. Anda juga akan mempelajari cara menentukan prestasi pengurus dana anda. 

Harga:  RM39.90
Halaman: 199 muka surat

Pilihan untuk membeli buku:
  1. http://www.bookplanet.com.my/
  2. Di kedai buku yang menjualnya. Hubungi dulu Kinokuniya, MPH atau kedai buku lain untuk bertanyakan jika mereka ada stok.

Tiada ulasan: