Header Graphic

Gedung Labur Niaga

 

Latar Belakang

Razali Razman memiliki dan menguruskan Razz Publications yang terlibat dalam bidang penterjemahan dan penulisan. Beliau memberikan perkhidmatan kepada lebih 40 pelanggan termasuk MAA, Ogilvy, TQPR, Sanofi, Publicis, Prudential, ING, Shandwick, EPA, Bayer, Philips dan banyak syarikat lain. Berbekalkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (UM) dan MBA dari IIUM, beliau mengkhusus dalam dokumen kewangan.

Minat dalam bidang ini mula disemai sejak menjadi Editor UM Accounting Journal 1997 (Bahasa Inggeris) dan beliau juga telah menulis beberapa artikel dalam majalah perniagaan seperti berikut:

  1. The Internet  , UM Accounting Journal 1997 
  2. Media Berbeza, Untung Tetap Sama, Dewan Ekonomi, Okt, 2000 
  3. Perkhidmatan Pelanggan Penentu Kejayaan  Perniagaan  , Dewan Ekonomi, Apr 2001 
  4. Ceburi Bidang Perniagaan, Dewan Ekonomi, Jan 2002 
  5. Faktor-Faktor yang Menyebabkan Kegagalan  Perniagaan  , Dewan Ekonomi, Apr 2002 
  6. Penyata Ringkas Bagi Menilai Kedudukan Kewangan, Dewan Ekonomi, Jan 2003 
  7. Melabur Dengan Bijak: Mengelakkan Jerat Pelaburan  , Dewan Ekonomi, Jan 2005 
  8. Kaedah Promosi Pemasaran dari Perspektif Islam (B1), Dewan Ekonomi, Aug 2005 
  9. Kaedah Promosi Pemasaran dari Perspektif Islam (B2), Dewan Ekonomi, Nov 2005 
  10. Keusahawanan Islam: Wajib Berasas Rangka Kerja Etika Islam, Agama & Falsafah, July 2006 
  11. Peluang Dalam Kegawatan, Dewan Ekonomi, Disember, 2008 
  12. Melabur Secara Sistematik , Dewan Ekonomi, Februari, 2009
  13. Melabur Sendiri atau Guna Khidmat Pengurus Dana, Dewan Ekonomi, Ogos 2009

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 


Razali juga pernah menyampaikan pembentangan di seminar keusahawanan anjuran IIUM dan juga menjadi hakim pembentangan perniagaan mengenai keusahawanan sukan sebanyak dua kali oleh Fakulti Sains Sukan UM. Beliau juga menguruskan dana peribadi dan keluarganya

Dalam bidang sukan, beliau pada satu masa dulu aktif dalam permainan hoki dan merupakan ketua pasukan hoki Victoria Institution, KL Bawah 18, VIOBA and UM dan pernah bermain hoki di semua peringkat termasuk untuk pasukan Kuala Lumpur dalam SUKMA dan Piala Razak dan juga untuk pasukan Affin Bank dan Kuala Langat dalam Liga Kebangsaaan.