
PANDUAN
BIJAK MELABUR Menguasai Selok-Belok Pelaburan Saham

Ramai pelabur yang melabur dalam pasaran
saham tidak membuat sebarang penyelidikan sebelum membeli saham. Mereka mendengar nasihat broker,
saudara-mara atau bisikan khabar angin daripada rakan-rakan tanpa menyiasat kesahihannya.
Mereka tidak sedar bahawa kaedah pelaburan sebegini mengundang
risiko. Ramai orang sanggup meluangkan banyak masa membandingkan harga dan kualiti barangan di pasar
raya. Namun apabila membeli saham, mereka rasa malas untuk membuat penilaian dan analisis sewajarnya.
Keputusan pelaburan yang maklum dan bijak penting untuk menjamin
keuntungan. Buku ini akan dengan membantu anda:
-
Membuat persedian sebelum melabur
-
Mendapatkan sumber maklumat berguna
-
Memilih dan menilai saham
-
Menentukan masa paling sesuai untuk membeli
-
Membuat keputusan untuk menjual saham
-
Mempelbagaikan pelaburan
-
Membina portfolio saham dan aset anda
Buku ini amat berguna kerana telah ditulis dalam bahasa yang mudah tanpa menggunakan konsep
teknikal yang sukar difahami oleh individu yang tiada kepakaran dalam bidang pelaburan dan kewangan. Tumpuan
diberikan terhadap perspektif pelaburan dan suasana perniagaan di Malaysia.
Diharapkan buku ini akan menggalakkan orang
ramai melabur secara bijak dan mengelakkan kerugian, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil. Penulis
telah menggunakan kepakaran dan pengalaman praktikal untuk menerangkan konsep dan proses dengan jelas bagi
membolehkan pelabur merancang pembelian saham
Profesor Dr. Mohd Saeed
Bin Siddiq
Universiti Tun Abdul Razak

Antara topik yang disentuh termasuk:
-
Persediaan Sebelum Melabur
-
Risiko dan Kuasa Kompaun
-
Analisis & Maklumat
-
Menilai Keupayaan Syarikat
-
Memahami dan Membaca Akaun Syarikat
-
Menilai, Membeli dan Menjual Saham
-
Ganjaran Pemegang saham
-
Unit Amanah, ETF dan REIT
-
Cara Membina Portfolio
-
Mengharungi Turun Naik Saham

Penulis telah menyampaikan maklumat tentang pelaburan di Malaysia dengan cara yang mudah
dibaca. Beliau juga telah memberikan pendedahan menyeluruh kepada risiko dan keuntungan yang dikaitkan dengan
pelaburan saham supaya pelabur biasa dapat membuat keputusan yang maklum.
Silvarajan Vedanayagam
Pakar Percukaian

Tumpuan diberikan kepada teknik pelaburan
asas, bukan teknik dagangan jangka pendek, opsyen waran atau derivatif. Walaupun
anda lebih suka melabur menggunakan teknik lain atau memilih instrumen selain daripada saham, anda tidak akan rugi
membaca buku ini.
Menggunakan analisis asas, anda akan menilai syarikat
yang menjadi sasaran pelaburan dan bukannya semata-mata meninjau pergerakan harga saham dengan carta.
Malah, jika anda rasa anda tiada masa untuk membuat analisis, anda boleh menggunakan jalan pintas dengan
meneliti analisis yang dibuat oleh pakar pelaburan.

Semua orang bercita-cita untuk menjadi jutawan, walau dalam bidang apa sekali pun. Tetapi yang
menjadi masalah atau penghalang kepada kebanyakan kita ialah pengetahuan yang cetek di dalam bidang yang
hendak diceburi. Sekiranya anda beminat untuk melabur atau mengetahui lebih mendalam mengenai pelaburan, buku
ini adalah permulaan yang terbaik untuk anda. Setidak-tidaknya anda mempunyai ilmu sebelum mengorak langkah
yang lebih jauh.
Zoelkifli Awang
Pengurus Institusi Kewangan

Selepas membaca buku ini, anda akan lebih fasih dengan selok-belok pelaburan dan
menggunakan sepenuhnya segala maklumat yang dikumpulkan sebelum membuat keputusan untuk melabur.
Sebenarnya pelaburan saham tidaklah sesusah yang disangka.
|
PERCUMA!
eBook
Risalah Labur Niaga
Kompilasi 100 Rencana Blog +
3 Rencana Bonus

|
Secara kesimpulannya, maklumat dalam buku ini, yang diterbitkan oleh Truewealth
Publications (syarikat milik Azizi Ali), akan membantu anda membuat keputusan pelaburan yang bijak
dan maklum dalam segala keadaan pasaran. Klik pada pautan di bawah untuk membeli.
Buat masa ini, kami akan menawarkan harga istimewa RM35.00 (harga biasa RM39.90), yang
termasuk penghantaran percuma. Perlu diingat bahawa harga ini serta ebook percuma hanya
untuk mereka yang membeli dari laman web ini sahaja.
|

Harga: RM39.90 RM35.00
Muka Surat: 230

|
|