
PANDUAN
PELABURAN UNIT AMANAH
Bagaimana Untuk Melabur Dalam Unit Amanah Dengan Bijak Tepat dan Efektif


Ramai pelabur unit amanah sebenarnya tidak begitu fasih tentang pelaburan yang mereka buat.
Kebanyakan mereka bergantung sepenuhnya kepada nasihat ejen unit amanah atau penasihat kewangan. Nasihat yang
diberikan adalah berguna tetapi anda sebagai pelabur perlu mendapatkan maklumat berkecuali dan membuat
penilaian sendiri.
Tanpa membuat penilaian sendiri, anda mengundang risiko.
Ramai orang sanggup meluangkan banyak masa membandingkan harga dan kualiti barangan di pasar raya. Namun apabila
membuat pelaburan, mereka terima sahaja apa yang dinyatakan kepada mereka.
Keputusan pelaburan yang maklum dan bijak penting untuk menjamin
keuntungan apabila melabur dalam unit amanah. Buku ini akan dengan membantu anda:
-
Meninjau unit amanah yang ada di pasaran.
-
Mengumpul maklumat sebelum membuat pilihan
-
Menentukan pulangan sesuai berasaskan dana yang dilaburkan.
-
Membaca jadual dana pihak ketiga
-
Menentukan kos dan mengira pulangan
-
Meninjau keadaan pasaran dan ekonomi
-
Membina portfolio pelaburan anda
Gagal untuk merancang ialah merancang untuk gagal. Setiap individu mempunyai matlamat
yang berbeza dan perubahan yang ingin dilakukan pasti ada risikonya.Terpulanglah kepada kemahuan dan keazaman
individu tersebut untuk menjayakannya.
Dalam buku ini, penulis telah berkongsi pengalaman yang sangat berguna dan telah berjaya
memberikan panduan yang amat mudah kepada pembaca bagaimana untuk memulakan perancangan pelaburan berkaitan
unit amanah yang bersesuaian dengan pilihan individu tersebut.
Noor Azlan bin Abdul Manan
Ketua Jabatan Institusi Kewangan

Antara topik yang disentuh termasuk:
-
Asas Unit Amanah
-
Pulangan Pelaburan
-
Pelbagai Jenis Unit Amanah
-
Prospektus dan Laporan Berkala
-
Mentafsir Jadual Dana Pihak Ketiga
-
Memilih, Membeli dan Menjual Unit Amanah
-
Menentukan Kos dan Mengira Pulangan
-
Analisis Pasaran dan Ekonomi
-
Membina Portfolio Pelaburan
-
Melabur Menggunakan Tabungan KWSP
-
Melabur Menerusi Internet

Bagi pelabur yang ingin mengetahui secara ringkas tentang unit amanah, buku ini amat berguna
kerana kandungannya yang ringkas serta penerangannya mudah difahami
Abdul Ghani Abd.lah
Perunding Unit Amanah

Tumpuan diberikan kepada cara anda boleh membina kekayaan secara
beransur-ansur menggunakan unit amanah berasaskan toleransi risiko dan kecenderungan pelaburan anda
sendiri. Penerangan juga diberikan tentang dana aktif dan dana pasif supaya anda dapat menentukan gaya
pelaburan paling sesuai dengan anda.
Menggunakan panduan yang diberikan, anda akan dapat membezakan
jenis dana dan risiko dan potensi pulangan setiap satu. Anda juga akan mempelajari cara menentukan
prestasi pengurus dana anda.
Sebagai contoh anda akan mendapati bahawa walaupun pengurus
dana anda mencatatkan pulangan 80% dalam tempoh lima tahun, prestasi beliau boleh dikatakan kurang baik jika
indeks penanda aras telah naik 100% dalam tempoh yang sama.

Panduan padat mengenai pelaburan dalam Unit
Amanah, yang disesuaikan dengan pasaran tempatan. Dengan penerapan fakta dan contoh yang jelas, buku ini sesuai
untuk individu dengan ilmu kewangan yang berbeza. Buku ini juga menjadi panduan
seimbang kepada pelaburan Unit Amanah dan memaklumkan anda tentang perkara yang mungkin tidak sempat dijelaskan
oleh ejen anda.
Kuhan Ganehsan
Pedagang FX
Pembantu Naib Presiden, Citibank Malaysia

Selepas membaca buku ini, anda akan lebih fasih dengan selok-belok pelaburan unit
amanah dan mampu menggunakan sepenuhnya segala maklumat yang dikumpulkan sebelum membuat
keputusan untuk melabur.
|
PERCUMA!
eBook
Risalah Labur Niaga
Kompilasi 100 Rencana Blog +
3 Rencana Bonus

|
Secara kesimpulannya, maklumat dalam buku ini, yang diterbitkan oleh Truewealth
Publications (syarikat milik Azizi Ali), akan membantu anda membuat keputusan pelaburan unit
amanah yang bijak dan maklum seiring dengan sasaran dan toleransi risiko anda. Klik pada pautan di bawah
untuk membeli dan mendapatkan ebook percuma.
|

Harga: RM39.90
Muka Surat: 200

|
|