11 Januari, 2016

Tinjauan Prestasi Unit Amanah 2015: Dana Kendalian PMB Investment Tiba-Tiba Melonjak

Bukan senang untuk meramalkan dana mana yang bakal mencatatkan prestasi terbaik dalam sesuatu tahun. Sebab itulah ada disclaimer yang menyatakan prestasi masa lepas tidak meramalkan prestasi masa depan.

Tetapi apa yang boleh kita tinjau ialah prestasi yang mantap antara tempoh 3 hingga 10 tahun, selain daripada prestasi jangka pendek, untuk memberikan gambaran lebih tepat.

Pada tahun 2015, dana-dana kendalian PMB Invesment telah tiba-tiba melonjak (lihat senarai prestasi Morningstar di bawah), mencatatkan prestasi baik dalam dua kategori ekuiti utama.

Persoalan mengenai mengapa dana PMB Investment Berhad tiba-tiba mencatatkan prestasi hebat sejak satu dua tahun lepas sedangkan dalam jangka masa lebih panjang tidak begitu menyerlah hanya boleh dijawab oleh syarikat tersebut sahaja.

Mungkin kerana:
  1. Para pengurus dananya telah ditukar.
  2. Sistem dan proses pelaburannya telah dirombak
  3. Perubahan di pucuk pimpinan tertinggi
  4. Kenaikan ketara beberapa saham pegangan utama
Walau apa pun, kita ucapkan tahniah kepada mereka dan diharapkan mereka dapat meneruskan prestasi ini.  Tetapi adalah kurang bijak jika kita buat keputusan membeli dengan  'performance chasing' atau mengejar prestasi kerana dana yang hebat tahun lepas tidak semestinya terus hebat tahun ini.

Boleh pilih dana berprestasi hebat dalam jangka pendek jika anda tahu sebab peningkatannya dan yakin proses tersebut boleh diulangi, tetapi jangan lupa untuk tinjau prestasi jangka panjang juga.

Bagi PMB, satu petanda positif ialah kebanyakan dananya mencatatkan prestasi kukuh, dan ini menunjukkan sesuatu telah berubah dalam syarikat pengurus dana tersebut.

Saya senaraikan prestasi 20 unit amanah ekuiti patuh syariah terbaik mengikut kaedah pelaburan mereka, iaitu large cap (melabur dalam saham bermodal besar) atau mid/small cap (melabur dalam saham bermodal kecil).

Data dipetik daripada laman web Morningstar Malaysia. Pulangan yang dicatatkan ialah pulangan terkompaun tahunan

Prestasi Unit Amanah Large Cap Berasaskan Tempoh 1, 3, 5 dan 10 Tahun





Prestasi Unit Amanah Mid/Small Cap Berasaskan Tempoh 1, 3, 5 dan 10 Tahun





Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan serta buku Panduan Bijak MelaburPetua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian. Untuk perkhidmatan bimbingan peribadi, klik Bimbingan Peribadi.  

PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat 

Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan.. apa maksud ASNLD dalam jadual dalam gambar di atas? terima kasih

Defri berkata...

ANLSD ialah singkatan Annualised return..dalam gambar di atas untuk 3, 5 dan 10 tahun adalah annualised return..kiraan return yang diskalakan untuk jangka masa setahun. Contoh 3 tahun return 48% dan bila di annualise ialah lebih kurang 15% setahun..

Razali Razman berkata...

Terima kasih Defri kerana memberikan jawapan yang terbaik. ANLSD bermaksud annualised atau tahunan. Bukan pulangan purata tahunan tetapi pulangan terkompaun tahunan.

Tanpa Nama berkata...

Boleh tak, tuan mengajar kami bagaimana untuk melabur sendiri dalam unit trust menggunakan epf akuan 1 (tanpa guna ejen) di fundsupermart? buat masa ini, saya tlh melabur sendiri secara tunai di bursa Malaysia. Sekian, terima kasih.

Razali Razman berkata...

Beli dengan EPF menerusi fundsupermart tidak semudah beli cash. Anda perlu isi beberapa borang di laman web dan mengeposkannya ke fundsupermart. Kosnya ialah 2% berbanding 3% menerusi ejen. Untuk pelaburan KWSP, mungkin ada manfaat untuk terima kos lebih tinggi sedikit untuk mendapat perkhidmatan ejen kerana kosnya hanya lebih mahal sedikit dan ejen akan menguruskan segalanya dan datang ke rumah anda.

Pergi ke laman web www.fundsupermart.com.my dan klik pada EPF untuk maklumat lengkap. Kalau tak berapa faham call hotline mereka 03-2149 0567 (KL) or 04-640 1567(PG).