08 Disember, 2015

Ebook Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan

Harga: RM30.00
Halaman: 100 muka surat
Format: PDF untuk semua peranti
(Tiada perisian khas diperlukan)
Beli Ebook

Ebook ini boleh digunakan sebagai buku pertama untuk dibaca bagi mereka yang baru mula membina aset dan berusaha mencapai kebebasan kewangan.

Kita sedia maklum bahawa sekarang ini ada banyak pilihan pelaburan. Malah banyak kelas pelaburan dalam pelbagai aset kini ditawarkan di Facebook dan menerusi Internet.

Ebook ini memberikan pandangan tentang pelaburan dalam setiap aset dari perspektif neutral dan dengan berpijak di bumi nyata dan bukannya berasaskan 'hype' kerana sudah tentulah mereka yang mempromosikan atau menjual pelaburan tertentu lebih cenderung untuk menonjolkan keuntungan sahaja tetapi bukan kerugian yang dialami pelabur.

Ebook ini juga menerangkan tentang mengapa anda perlu mengumpulkan aset dan bagaimana aset yang menjana pendapatan boleh akhirnya membawa kepada kebebasan kewangan kepada anda, iaitu apabila anda boleh hidup dengan meraih pendapatan daripada aset tersebut sahaja, tanpa mengurangkan nilainya.

Walaupun bukan semua orang boleh menjadi kaya, tetapi semua orang boleh membina masa depan yang lebih cerah. Matlamatnya ialah meningkatkan nilai aset bersih anda tahun demi tahun, sehingga aset itu sendiri dapat menampung sara hidup anda, tanpa perlu bergantung kepada pekerjaan semata-mata. 

Klik untuk Beli Ebook

Berikut adalah muka surat kandungan dan mukadimah buku:

*




Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan serta buku Panduan Bijak MelaburPetua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian.

PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat
 

Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sangat menarik jika dilihat kepada kandungan tapi saya lebih berminat kepada buku fizikal berbanding ebook, tuan. Ia boleh diletakan di ruangan mini pepustakaan saya.

Razali Razman berkata...

Saya faham. Maaf kerana tidak dapat membekalkan buku fizikal. Cuma ada pilihan untuk cetak jika mahu. Saya guna ebook sebab tidak perlu melalui publisher dan merupakan cara paling efisien untuk menyampaikan ilmu. Lagipn ebook kini boleh disimpan dalam telefon/pad/komputer/cloud dan boleh dibawa dan dibaca di mana-mana.