11 Ogos, 2015

Beli Selepas Pasaran, Ekonomi dan Politik Stabil Juga Boleh Capai Untung Memuaskan

Saya lihat beberapa Fundamental Investor sudah mula memberikan cadangan kepada pelabur untuk keluar dan mencari saham berkualiti yang murah.

Saya pun kini sedang meninjau sama ada untuk memindahkan beberapa saham daripada watchlist kepada buylist kerana harganya sudah lebih rendah daripada harga sasaran.

Cuma ada sedikit masalah. Terdapat ketidakpastian luar biasa dalam situasi politik Malaysia. Semalam, indeks jatuh hampir 30 mata. Nilai RM pun kian menyusut. Buat masa ini adalah hampir mustahil meramalkan apa yang bakal berlaku.

JIka anda mengikuti posting blog Inggeris saya dan juga blog ini, saya ada menulis tentang tentang beberapa risiko pasaran. Nampaknya keadaan mungkin lebih teruk daripada dijangka kerana situasi politik yang semakin meruncing.

FBM KCLI 5 tahun - Shareinvestor

Jika anda memang kuat semangat dan mempunyai jangka masa pelaburan 3 - 5 tahun, bila target buy price anda telah dicapai, anda boleh beli.

Tetapi ramai orang tidak begitu. Situasi tidak menentu membimbangkan mereka. Apa-apa pun boleh berlaku sekarang ini. Bagi yang tidak mahu ambil risiko, boleh tunggu sehingga terdapat maklumat lebih jelas.

Ini bermakna tunggu sehingga situasi politik dan ekonomi stabil dan pasaran telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan untuk kembali membeli.

Anda mungkin terlepas lantunan besar pertama tetapi jika anda lihat sejarah pemulihan daripada kejatuhan ketara pasaran pada 1999 dan juga 2008 (lihat carta) anda akan dapati terdapat banyak masa untuk membeli dan meraih untung yang memuaskan, iaitu selepas keadaan telah stabil.

FBM KLCI 20 tahun. - Yahoo Finance

Tidak kira anda beli on the way down atau on the way up, pastikan anda membeli syarikat yang mampu meningkatkan untung dalam tempoh 2 - 5 tahun akan datang pada harga yang berpatutan.

Syarikat yang kukuh mempunyai kebarangkalian paling tinggi untuk melantun kembali selepas situasi telah reda.

Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan buku Panduan Bijak MelaburPetua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian.

PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat
Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Stock Coastal apa khabar tuan? order book boleh tahan & single PE.. teringin jg, tapi ramai org kata sektor O&G jgn masuk lg.

Razali Razman berkata...

Memang nampak bagus...kalau ada holding power boleh beli (1 - 5 tahun), tetapi jika nak untung cepat, timing beli sangat penting. Ini kerana jika beli sekarang memang ada potensi untuk turun lagi. Tetapi memang mustahil untuk predict lowest point. Sebab itu dengan time horizon 1 - 5 tahun, lebih senang untuk melabur dan tidur pada waktu malam...:)

kr.group berkata...

Coastal sudah memenuhi kriteria.Teringin juga untuk mula beli.Mungkin tunggu lowest point.siapa tahu

Tanpa Nama berkata...

saya suka artikel ni. Ni memberi saya lebih semangat untuk mencari timing yang sesuai melalui stock yang betul. Tq tuan

NaimRich Design berkata...

Saya lebih selesa dengan teknik analisa fundamental syarikat berbanding analisa teknikal coz analisa teknikal mungkin sesuai digunakan semasa bull market, dgn adanya ilmu fundamental at least kalau pun x berapa tepat boleh memahami kaunter yg di beli mempunyai asas yg kukuh untuk di beli at the bottom...

NaimRich Design berkata...

Saya lebih selesa dengan teknik analisa fundamental syarikat berbanding analisa teknikal coz analisa teknikal mungkin sesuai digunakan semasa bull market, dgn adanya ilmu fundamental at least kalau pun x berapa tepat boleh memahami kaunter yg di beli mempunyai asas yg kukuh untuk di beli at the bottom...