16 Mac, 2015

Bill Ackman Menerangkan Tentang Asas Kewangan dan Pelaburan

Walaupun tidak ramai di sini yang mengenali beliau, Bill Ackman ialah seorang pelabur terkemuka di dunia dan CEO Pershing Square Capital Management, sebuah dana lindung nilai (hedge fund) yang menguruskan aset bernilai US$19 bilion.

Beliau telah belajar tentang pelaburan semasa berusia 20an dan baru-baru ini membuat satu pembentangan yang menerangkan tentang konsep syarikat, pelaburan dan kewangan kepada pelabur muda. Saksikan video beliau di hujung artikel ini.

Antara ringkasan daripada video tersebut adalah seperti berikut:

Sembilan Kunci Kejayaan Pelaburan:
  1. Melabur dalam syarikat awam
  2. Fahami cara perniagaan tersebut meraih untung.
  3. Melabur pada harga yang berpatutan
  4. Melabur dalam syarikat boleh boleh beroperasi secara berterusan
  5. Cari syarikat dengan jumlah hutang terhad.
  6. Lihat sama ada terdapat sekatan masuk yang tinggi terhadap perniagan
  7. Melabur dalam syarikat yang dapat menahan faktor luar
  8. Labur dalam syarikat dengan kos pelaburan semula rendah
  9. Elakkan syarikat dengan pemegang saham yang mempunyai pemilikan kawalan terhadap syarikat
Memang sukar untuk memenuhi kesemua kriteria tetapi amat berguna bagi pelabur jika syarikat yang dilaburkan memenuhi sebahagian besar daripada syarat di atas.

Di samping itu, mesej beliau tentang bila untuk melabur adalah sama seperti pandangan yang saya nyatakan dalam buku Panduan Bijak Melabur, iaitu melabur hanya selepas menjelaskan hutang penggunaan dan melabur dengan wang lebihan sahaja.

Bila untuk Melabur?
  1. Apabila anda ada wang yang tidak diperlukan dalam tempoh 5 - 10 tahun.
  2. Selepas membayar hutang kad kredit yang tertunggak
  3. Selepas membayar hutang pendidikan
  4. Selepas mengumpulkan tabungan kecemasan 6 - 12 bulan gaji
Mereka yang ada masa boleh melihat video pembentangan 40 minit beliau di bawah. Ia akan mengubah pandangan anda tentang saham yang dianggap oleh ramai trader sebagai medan spekulasi dan bukannya pemilikan dalam perniagaan:



Bagi mereka yang membaca artikel ringkasan mengenai video ini sila klik Bill Ackman on Finance and Investing.

Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan buku Panduan Bijak Melabur, Petua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian.

2 ulasan:

Insan Biasa berkata...

Kalau macam tu orang yang baru bekerja setahun dua tak sesuai lagi la nak melabur, kan? kewangan belum stabil...

Razali Razman berkata...

Tidak kira baru kerja setahun dua atau sepuluh tahun, jika kewangan belum kukuh lebih baik kukuhkan kewangan dulu. Jika baru setahun dua kerja tetapi kewangan dah kukuh, dah boleh melabur.