12 Mei, 2014

Dapatkan Bijak Melabur Edisi Ke-2 Sekarang

Versi terbaru ditambah baik dan dikemas kini dengan data baru

Setelah lima bulan menunggu, buku Bijak Melabur, yang merupakan edisi kedua buku asal saya bertajuk Panduan Bijak Melabur, kini boleh didapati daripada laman web Gedung Labur Niaga. Maklumat lanjut mengenai buku boleh didapati di laman web tersebut.

http://www.laburniaga.com/bijak-melabur.html

Saya telah menambah baik buku ini berasaskan maklum balas pakar dan pembaca, selain membetulkan segala kesilapan kecil yang telah dikesan. Tiada rombakan besar dibuat, cuma ia dikemas kini untuk menyertakan data yang lebih baru. Diharapkan edisi ini lebih relevan kepada keadaan semasa.

Pada masa buku Panduan Bijak Melabur mula-mula diterbitkan, orang ramai tidak begitu berminat dalam saham kerana pasaran berada pada paras yang rendah selepas krisis subprima AS. Sekarang ini minat kian memuncak dan semakin ramai yang menceburi pelaburan saham.

Tidak kira sama ada pasaran berada di tahap rendah atau tinggi, mesej saya tetap sama iaitu pelabur perlu melabur berasaskan kekuatan syarikat dan cuba membeli saham pada harga yang lebih rendah daripada nilai sebenarnya, dan melabur untuk jangka panjang.

Memandangkan keadaan pasaran semasa yang agak tinggi, saya ingin memberikan sedikit peringatan tambahan bahawa sekiranya pelabur tidak dapat mencari saham yang memenuhi kriteria yang ditetapkan, bersabarlah. Peluang tetap akan muncul. 

Saya harap buku ini akan terus membantu pelabur baru dan lama untuk menjadi pelabur bijak dan meraih untung dalam pasaran saham dalam jangka panjang. Dapatkan Bijak Melabur Edisi Ke-2 sekarang.

2 ulasan:

arbain berkata...

saya bru je memiliki edisi pertama, beli pada pesta buku lps. Adkah tuan mnyarankan sy memiliki edisi yg kedua ini? note: edisi ptama sy bagi 5*/5

Razali Razman berkata...

Terima kasih. Tak perlu. Maklumat yang ada sebahagian besarnya sama. Cuma data dikemas kini dan kesilapan dibetulkan sahaja.