29 November, 2012

Penurunan Pasaran Buka Peluang

Harga saham turun ke tahap lebih berpatutan untuk value-hunters

Pasaran saham Malaysia nampaknya berada dalam trend yang menurun sejak sebulan lepas, iaitu daripada paras rekod lebih 1670 mata kepada kira-kira 1600 - 1620 mata buat masa ini.

Indeks BSKL telah mencatat kenaikan sehingga mencapai paras tertinggi dalam sejarah walaupun pasaran negara lain terumbang-ambing.  Tetapi kini pasaran Malaysia pula menghadapi penurunan sedangkan beberapa pasaran Asia lain mencatatkan rebound buat sementara waktu.

Berikut adalah carta 5 tahun FBM KLCI:


Dipetik daripada Bursastation

Keuntungan korporat a secara umumnya nampak mendatar dan tidak begitu menarik, terutamanya kerana banyak syarikat Malaysia mempunyai operasi eksport, dan sudah tentu hasil terjejas akibat suasana ekonomi luar.

Adakah BSKL mengalami penurunan sementara atau aktiviti pengambilan untung? Atau adakah ini sebahagian daripada kejatuhan ketara yang lebih lama sehingga mencetus bear market?

Sukar untuk meramalkan tingkah laku pasaran tetapi yang jelas ialah suasana ekonomi juga amat sukar ditinjau kerana wujud kemelesetan di sesetengah negara dan pemulihan di rantau lain pula.

 Perkara paling penting bagi value-hunters seperti saya ialah baru sekarang dapat melihat sedikit nilai dalam saham tertentu tetapi masih lagi belum di tahap bargain.
Ini bermakna ada beberapa saham yang nilainya agak baik yang mungkin boleh dibeli sekarang juga.  Pendek kata, bagi mereka yang sabar menunggu harga sampai ke tahap yang sesuai sebelum membeli, window of opportunity sudah mula terbuka sedikit.

Inilah peluang mengintai saham-saham yang ada nama tetapi mungkin jatuh kerana kitaran pasaran, dan tiga saham yang sedang saya perhatikan ialah APM Automotive, Felda dan Petronas Chemicals. 
 
Pada pendapat saya APM sudah sampai ke harga yang sesuai, manakala Felda mungkin boleh dipertimbangkan pada harga yang sedikit lebih rendah.  Petronas Chemicals yang mencatatkan keputusan suku tahunan kurang baik baru-baru ini mungkin lebih menarik jika jatuh lagi sehingga di  bawah RM5.50.
 
Cuma risiko untuk beli sekarang ialah jika berlaku penurunan ketara selepas ini, manakala risiko tidak membeli pula ialah pasaran turun sekejap sahaja dan kembali naik dalam tempoh terdekat.

2 ulasan:

Adika berkata...

Axiata rege 5.70 Dan TM 5.50 hari tu sempat dibeli ...skrg sedia utk dijual Dulu...takut sentiment GE Akan affect market..apa pandangan

Razali Razman berkata...

Salam,

Dua syarikat tersebut mantap tetapi saya pelabur jangka panjang, kalau berkenaan trading jangka pendek ini, saya tak boleh ramalkan, dan pelabur tersohor sekalipun tidak mampu membuat ramalan dalam jangka pendek.

Mungkin boleh tanya pakar trading saham yang menggunakan carta untuk meramalkan pergerakan harga tetapi saya was-was dengan kesahihan ilmu tersebut.