09 September, 2011

Jangan Lupa Tuntut Bayaran Balik Premium

Dapatkan rebet bagi polisi yang dibatalkan, termasuk MRTA/MRTT

Apabila kita membatalkan polisi insurans atau takaful yang diambil secara tahunan seperti insurans kereta, kebakaran dan kesihatan, atau insurans/takaful pembiayaan perumahan seperti MRTA/MRTT, kita berhak untuk membuat tuntutan premium bagi tempoh yang belum luput.

Untuk takaful tahunan seperti takaful kereta, kemungkinan besar anda masih layak mendapat pulangan premium jika polisi sekurang-kurangnya ada tempoh dua bulan sebelum luput.

Sementara itu bagi insurans pinjaman perumahan seperti MRTA/MRTT, apabila anda membayar balik hutang pembiayaan, sama ada kerana menjual rumah/hartanah tersebut, membiayai semula atau mempunyai dana lebihan, anda berhak untuk menuntut kembali premium MRTA/MRTT yang telah dibayar pada permulaan pinjaman untuk tempoh pinjaman yang tinggal.

Tetapi perkara penting yang perlu diingat dalam kes MRTA/MRTT ialah anda mungkin tidak dimaklumkan oleh bank bahawa anda perlu membuat tuntutan.

Baru-baru ini saya menjual satu hartanah dan menyelesaikan pinjaman satu lagi.  Kedua-dua pinjaman diambil daripada bank yang sama tetapi cawangan berbeza.  Satu cawangan serta-merta meminta saya mengisi borang untuk membuat tuntutan.

Sebaliknya, cawangan yang satu lagi hanya berdiam diri dan saya sendiri yang meminta borang untuk membuat tuntutan daripada mereka selepas dua bulan.

Ini bermakna bahawa bagi sesetengah bank, mereka tidak akan memberitahu pelanggan dan sesiapa yang tidak tahu tentang ini mungkin kerugian beberapa ribu ringgit.

Malah, bagi anda yang sudah menjelaskan pinjaman perumahan dua atau tiga tahun lepas dan masih belum membatalkan polisi, anda masih boleh melakukannya dan mendapatkan kembali wang anda.

Kesimpulannya ialah bagi setiap insurans/takaful yang dibatalkan di mana masih ada sekurang-kurangnya dua bulan lagi sebelum tarikh tamat, tanya bank atau baca terma dan syarat polisi untuk melihat sama ada anda boleh mendapatkan kembali wang anda.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

E Bolehkah syarikat insurans menukar balance MRTA rumah tersebut kepada premium untuk insurans hayat. Saya tidak mengetahui mengenai pembayaran balance MRTA jika hutang di selesaikan sebelum tempuh matang.
Setelah mengetahui mengenai perkara ini dan menghubungi pihak bank dinyatakan bahawa premium telah di tukar kepada insurance hayat. Boleh surrender tapi sekarang jumlah nya telah kurang kerana di gunakan untuk membayar premium insurans. Ada kah ini di benarkan? Saya dimaklumkan mengenai perkara ini melalui surat tetapi disebabkan alamat di gunakan adalah alamat lama maka saya tidak tahu menahu mengenai hal ini. Terima kasih atas feedback.

Razali Razman berkata...

Saya rasa tak patut. Tetapi nak bawa ke Bank Negara mungkin mengambil masa. Cara paling mudah ialah ambil sahaja jumlah yang tinggal sekarang.

Cara kedua ialah ancam untuk membawa kes ke Bank Negara. Kalau mereka tak layan, ambil jalan pertama.

Cara ketiga ialah benar-benar buat aduan ke Bank Negara. Ini memerlukan masa. Bagi saya masa lebih penting daripada jumlah yang boleh diperolehi.

Tapi terpulang kepada Tuan untuk buat keputusan. Saya akan pilih jalan pertama atau kedua

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih tuan. Saya sebenarnya rasa tak puas hari dengan penukaran yang di buat. Ini mesti standard practice yang dibuat. Premuim hayat pun pasti tak dituntut walau pun berlaku sebarang perkara yang di lindungi insurance tersebut. Dalam kes saya sebenarnya alamat terbaru ada pada pihak insurer HLA, tetapi tiada surat di terima. Walau bagaimana saya mungkin memilih untuk redha sahaja.:(

Tanpa Nama berkata...

As-salam.
Saya ada kemusykilan berkenaan MRTA rumah.
Saya beli rumah yg sedang dlm pembinaan, dan diperingkat awal semasa buat pinjaman bank, saya dikehendaki membayar sejumlah wang utk MRTA bagi tempoh coverage 15thn sahaja.
Tempoh pebinaan rumah adalah 2 tahun. Dan skrg ini hampir siap.
Persoalan saya, bolehkah saya batalkan MRTA saya skrg (15tahun coverage) dan buat MRTA baru utk coverage 30tahun?

Terima kasih.

Razali Razman berkata...

Saya rasa boleh selagi umur Tuan dalam had lingkungan coverage mereka. Semuanya bergantung kepada usia Tuan sekarang. Cara terbaik ialah tanya bank/pemberi pinjaman dan juga syarikat insurans/takaful terbabit. Mereka boleh memberikan maklumat lebih tepat.

Tanpa Nama berkata...

Suami saya bru sya mnjual rmh..n pihak bank lngsung tkde bgtau pasal tuntutan trsbut...byran pnyelesaian pnjaman tlh d lunaskn sejak november lps .apa ptut suami sya buat..?dtg trus ke bank trabut utk mngisi borang atau mcm mna?...brp lama tuntutan trsbut selesai n kta dpt smula wang trsbut..

Tanpa Nama berkata...

Suami saya bru sya mnjual rmh..n pihak bank lngsung tkde bgtau pasal tuntutan trsbut...byran pnyelesaian pnjaman tlh d lunaskn sejak november lps .apa ptut suami sya buat..?dtg trus ke bank trsbut utk mngisi borang atau mcm mna?...brp lama tuntutan trsbut selesai n kta dpt smula wang trsbut..

Razali Razman berkata...

Salam...minta maaf kerana lambat jawab sebab posting lama....boleh call bank untuk mendapatkan maklumat pembatalan MRTA atau hubungi terus syarikat insurans/takaful yang menyediakan perlindungan dan minta mereka batalkan polisi dan berikan refund. Terima kasih.