18 Julai, 2011

Prestasi 30 IPO Terbaru

15 saham baru mengatasi harga penyenaraian

Nampaknya terbitan saham baru agak aktif sejak kebelakangan ini.  Kita cuba lihat prestasi 30 IPO yang disenaraikan dalam tempoh setahun lepas dan menilai syarikat mana yang mencatatkan prestasi yang baik berasaskan harga pada penutup 15/7/2011.


Dipetik daripada Bursastation

Beberapa syarikat dengan peratus kenaikan tertinggi termasuk Forest Lumber, Malaysia Marine and Heavy Engineering, Careplus Group Berhad, Boilermech, Berjaya Food dan MSM.

Sementara itu, beberapa 'nama dikenali' yang mencatatkan prestasi kurang memberangsangkan ialah UOA Development, Focus Point dan Mclean Technologies.  Manakala Eversendai pula diperdagang pada harga penyenaraian.

Dari tahun lepas, sehingga sekarang, pasaran berada sekitar paras tertinggi dalam sejarah, tetapi hampir 50% IPO tidak berjaya mengatasi harga penyenaraiannya.
Lazimnya IPO yang berjaya ialah syarikat yang mantap, bukan sahaja pada nama, tetapi juga pada prestasi awal selepas penyenaraian.

Pembelian saham IPO ini ada risikonya juga kerana belum ada rekod pencapaian sebagai syarikat tersenarai.  Tiada jaminan IPO akan naik, tetapi yang naik berpotensi naik sehingga dua kali ganda.

Bagi saya prospektus adalah tidak berguna untuk membuat penilaian.  Lihat sahaja Mclean yang mencatatkan kerugian selepas disenaraikan. 

Justeru anda perlu mendapatkan maklumat kualitatif dan juga pandangan daripada firma broker/penganalisis bebas yang biasanya memberikan pendapat mereka menerusi media.


2 ulasan:

Mohd Khalil berkata...

Boleh tolong ulas Bumi Armada.
(www.kadikluang.blogspot.com)

Razali Razman berkata...

Salam...minta maaf kerana belum boleh buat analisis...sebab tertalu awal selepas listing...mungkin dalam masa enam bulan hingga setahun lagi ada cukup data untuk buat penilaian, iaitu selepas beberapa keputusan suku tahunan diumumkan.