22 April, 2011

Mengapa Umum Marah Dengan Emel 1Malaysia?

Membazir wang untuk  perkhidmatan yang tidak perlu

Tempoh hari Perdana Menteri kita mengumumkan pelancaran emel 1Malaysia, yang sepatutnya merupakan 'inisiatif sektor swasta' yang diterajui oleh Tricubes.  Tetapi reaksi warga siber amat negatif terhadap perkembangan ini.

Antara sebabnya:

1.  Khuatir kalau emel 1Malaysia dijadikan alat pemantauan terhadap rakyat
2...Buang duit pembayar cukai untuk perkhidmatan tidak perlu
3.  Kenapa pilih Tricubes, sebuah syarikat yang mengalami masalah kewangan?

Pertama sekali, maklumat dalam laman web Pemandu adalah mengelirukan dan diubah selepas kontrversi timbul (menurut Malaysia Insider).  Mula-mula ia merupakan inisiatif awam tetapi bila kontroversi tercetus, Perdana Menteri mengumumkan inisiaitf ini dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta.

Kemudian Dr  Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek muncul di radio BFM dan berkata  kerajaan akan membayar untuk setiap emel yang dikeluarkan.  Ini pula disangkal oleh Khary Jamaluddin dalam ulasan Twitternya.

Sebenarnya senang sahaja nak tahu siapa yang bayar. Jika emel tersebut dicipta, sudah tentulah ia diberikan secara percuma kepada orang ramai.  Jadi siapa yang akan membayar untuk perkhidmatan ini?  Tak mungkin Tricubes memberikan perkhidmatan secara sukarela.  Jawapannya ialah Jabatan Kerajaan yang menggunakan e-mel yang diperolehi daripada Tricubes.

Ada pihak yang mendakwa bahawa ini belum pasti dan Tricubes perlu menjual perkhidmatan tersebut kepada jabatan kerajaan. Jadi pusing kiri dan pusing kanan, jabatan kerajaan jugalah yang akan membayar perkhidmatan ini, dengan wang pembayar cukai.

Sebenarnya saya tak faham mengapa perlu gunakan pihak ketiga untuk kumpulkan emel. Jika jabatan kerajaan perlukan emel pengguna, mereka boleh memintanya daripada pengguna khusus mereka. Sungguh mudah dan saya pasti sudah ada agensi kerajaan yang melakukannya. Ini diperakui sendiri oleh Khairy Jamaluddin dalam ulasan Twitternya.

Orang ramai marah kerana jika dilihat daripada cara 'deal' ini diatur, ia menjurus kepada usaha menyelamatkan Tricubes daripada masalah kewangan mereka, atau menurut kata orang putih, satu bentuk 'bailout' atau 'rent seeking'.

Lebih-lebih lagi emel tersebut didakwa akan diperolehi daripada Hotmail. Jadi apa sebenarnya yang Tricubes bekalkan selain daripada menjadi pengutip sewa untuk perkhidmatan tak berguna yang syarikat itu sendiri tidak mampu bekalkan? 

Kalau betul prihatin terhadap rakyat, umumkan sahaja bahawa jabatan kerajaan tidak akan menggunakan perkhidmatan ini. Barulah betul-betul 'private sector initiative'. Habis cerita.

4 ulasan:

alanpjs2 berkata...

betul. pembaziran duit pembayar cukai satu perkara. pembohongan dan putar belit fakta bagi meneruskan projek itu satu lagi perkara yang memang jelas tidak disukai umum.

*selalu dengar, kalau tipu sekali, kita akan tipu banyak kali seterusnya untuk cover semua tipu-tipu yang asal tu.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju

lanchiau.. berkata...

perkhidmatan tak berpaedah penipu hanjeng makan duit rakyat cilake lahnat!!

Tanpa Nama berkata...

1 malaysia bodoh bangang bappie useless hampeh!!