29 April, 2011

Adakah Media Sosial Membuang Masa?

Lebih Separuh Daripada Syarikat AS Sekat Media Sosial

Menurut satu kajian di Amerika oleh Robert Half Technology, hampir separuh daripada syarikat di AS menyekat kakitangan mereka daripada menggunakan media sosial.  Antara sebabnya ialah kakitangan membuang masa menggunakan aplikasi seperti Facebook dan Twitter.

Adakah produktiviti menurun dengan penggunaan media sosial?

Pada pendapat saya ya.  Sebenarnya saya sendiri sedar bahawa banyak masa terluang di media sosial dan masa tersebut boleh digunakan untuk meningkatkan produktiviti.

Ramai pihak menganggap media sosial juga boleh digunakan untuk mempromosi perniagaan tetapi sebenarnya amat sukar untuk mengukur pulangan atas pelabruan masa yang diluangkan. Lebih ramai kawan atau peminat di Facebook tidak semestinya menjana keuntungan.

Ini bukan bermakna kita tidak harus menggunakan media sosial, cuma kita boleh menggunakannya pada waktu sosial, iaitu di luar waktu kerja.  Sebab itulah dinamakan media sosial.

Sekarang ini saya sendiri cuba menghadkan penggunaan Facebook, langsung tidak menggunakan Twitter dan telah menghentikan penglibatan dalam forum.  Selain itu, saya juga cuba menggunakan e-mel dengan lebihberkesan, iaitu tidak terlalu kerap memeriksa inbox dan meluangkan masa tertentu sahaja untuk menjawab e-mel

Saya dapati roduktiviti jelas meningkat daripada jumlah kerja yang dapat dilakukan, dan masa yang boleh diluangkan untuk melakukan perkara lain.

Sebenarnya masa yang terbuang di media sosial tidak disedari. Hakikat sebenar hanya diketahui jika anda mengukur berapa banyak masa yang anda luangkan dalam sehari, dan berapa banyak kerja atau perkara lain yang boleh dilakukan dengan masa tersebut.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya sependapat, ruang sosial telah banyak mempengaruhi individu untuk menggunakannya pada waktu kerja, sekaligus melalaikan dan tidak produktif... seringkali di mulut mereka asyik mengucapkan 'banyak kerja' 'tension'...kerana banyak kerja yang tertangguh..

Razali Razman berkata...

Memang betul...saya sendiri pun perlu mengawasi diri sendiri untuk mengelakkan diri daripada terlalu asyik dengan media sosial...:)