10 Februari, 2011

CIMB-i Dali Equity Growth Catat Prestasi Cemerlang

Antara Dana Islam terbaik dengan pulangan 5 tahun yang melebihi 100%

Salah satu dana unit amanah yang mendapat perhatian saya ialah CIMB Islamic Dali Equity Growth yang mencatatkan prestasi yang cemerlang dan telah menggandakan wang anda jika anda membeli dan memegangnya sepanjang tempoh 5 tahun yang lepas.

Sedikit latar belakang mengenai Dana:
Jenis Dana - Ekuiti
Objektif Dana - Pertumbuhan modal
Jenis Pelabur -  Mengambil risiko sederhana dan  melabur untuk jangka pertengahan hingga panjang
Yuran Dana -  Maksimum 6.5% tetapi lazimnya lebih rendah sedikit.
Penanda Aras* - Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah

Walaupun dana ini bukanya yang terbaik dalam mana-mana satu tempoh masa, tetapi prestasinya yang konsisten untuk seluruh julat tempoh masa penilaian  menunjukkan bahawa ia merupakan salah satu dana yang paling mantap.

Berikut adalah prestasinya untuk tempoh antara 3 bulan hingga 5 tahun berasaskan Jadual Dana The Edge Lipper:

3 bln - 6 bln -1 thn -- 3 thn --5 thn
8.00 | 18.88 | 23.94 | 19.75 | 107.98

Pulangan terkompaunnya untuk tempoh 5 tahun ialah kira-kira 16.86% (Data Bloomberg)

Prestasinya berbanding penanda aras sehingga 2009, (data carta hanya boleh didapati setakat 2009 sahaja dalam prospektus)

 Dipetik daripada Prospektus CIMB

Berikut adalah carta pergerakan:

CIMB-i Dali Equity Growth
Dipetik daripada Bloomberg

Perhatian bahawa carta ini hanya menunjukkan pergerakan harga dan bukannya pulangan sebenar yang dikira berasaskan Jadual Dana Lipper, kerana Jadual Dana Lipper turut mengambil kira pembayaran dividen dan pelaburan semula dividen tersebut.

Kejatuhan pasaran kebelakangan ini mungkin membuka peluang kepada pelabur untuk membeli dana.  Untuk mengelakan diri daripada salah 'timing', pelabur boleh pecahkan pelaburan kepada jumlah lebih kecil dan melabur secara bulanan.

*Penanda Aras ialah indeks yang menjadi ukuran relatif prestasi dana

2 ulasan:

MOHD ALI berkata...

Salam..

Saya ingin tahu mengenai warrant. Apa itu warrant, ex-price dan apa kena-mengena dengan sahamnya. Contoh Prestar-WA (0.0450). Ex-price (0.750), manakala saham Prestar (0.505). Boleh terangkan, jika tiada kesulitan.

Razali Razman berkata...

Wasalam

Insyallah saya akan terangkan dalam beberapa posting akan datang berasaskan contoh yang diberi.