10 Januari, 2011

Menilai Syarikat Menerusi Soalan

Tanya & jawab soalan berikut untuk ketahui potensi saham

Selain daripada membuat analisis angka dan prestasi syarikat, soalan-soalah berikut boleh membantu pelabur untuk memikirkan dengan lebih rasional sama ada syarikat yang disasarkan berpotensi besar.

Soalan-soalan ini adalah kombinasi soalan yang ditanyakan oleh beberapa pelabur tersohor termasuklah Warren Buffet, Philip Fisher, Ken Fisher dan Benjamin Graham.
  1. Mengapa beli saham ini?
  2. Apakah harga sasaran yang diunjurkan?
  3. Adakah saham mempunyai sejarah pendapatan kukuh?
  4. Dalam suasana apakah saham ini dijangka naik?
  5. Dalam suasana apakah saham dijangka turun?
  6. Apa yang saya tahu tentang saham ini yang tidak diketahui orang lain?
  7. Apakah kelebihan kompetitif saham?
  8. Adakah ia mempunyai  monopoli, kuasa pasaran atau jenama kukuh?
  9. Adakah syarikat mempunyai organisasi jualan yang kukuh?
  10. Adakah produknya mampan (sustainable) atau akan usang dan perlu diganti dengan yang baru?
  11. Adakah syarikat memerlukan jumlah pembiayaan besar untuk mengekalkan atau mengembangkan keuntungan? 
  12. Apakah input yang diperlukan untuk menghasilkan produk dan adakah ia diimport atau dibeli dari dalam negara?
  13. Adakah produk dijual di dalam negara, dieksport atau kedua-duanya sekali 
  14. Bagaimana kadar tukaran mempengaruhi kos dan hasil?
  15. Bagaimana kualiti dan kekuatan pengurusan? 

Jika kita bertanya dan mencari jawapan kepada soalan di atas, kita akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang keputusan yang bakal kita buat.

Malah, kita boleh membuat perbandingan subjektif antara syarikat dalam industri yang sama sebagai sokongan kepada analisis kuantitatif terhadap keputusan kewangan syarikat.

Nota: Soalan di atas sudah tentulah untuk pelabur yang melabur berasaskan fundamental investing dan tidak berkenaan bagi mereka yang melabur untuk jangka pendek mengggunakan analisis teknikal.

9 ulasan:

zulk berkata...

Tuan,

Boleh ulas saham yeelee adakah bagus untuk dibeli kerana permintaan minyak masak tinggi skrg ini ?

Razali Razman berkata...

Ok, nanti saya usahakan dalam satu atau dua posting akan datang.

zulk berkata...

adakah saham maemode berpontensi untuk dibeli. Waran akan keluar tak lama lagi

Haiqal berkata...

Harap tuan terus mengulas saham2 yang masih undervalue walaupun indeks utama sekarang sudah naik ke tahap maksimum...terima kasih

Razali Razman berkata...

Salam Zul,

DAripada tinjauan kasar saya maemode ni pendapannya sangat erratic dan tak boleh diramalkan...penerbitan waran pun nampak macam main-main sahaja...dgn strike price RM1.00...tapi kalau pelabur tahu sesuatu yang orang lain tidak tahu, boleh beli untuk mengambil kesempatan daripada maklumat tersebut, tetapi sebagai saham untuk nilai jangka panjang, rasanya syarikat ini tidak kuat.

Razali Razman berkata...

SAlam Haiqal,

Ya saya akan meninjau saham-saham ini dari masa ke semasa...memang masih ada saham berpotensi dan undervalued di pasaran

korok berkata...

wahhh bagusnya entry ni..saya nak jadikan soalan2 ni sebagai checklist bila nak beli saham lepas ni...selalu main tgk lebih kurang je..terima kasih tuan razali..

-alwi-

Tanpa Nama berkata...

incik razali,
apabila sesuatu syarikat melakukan private placement? apa maksudnya? apa kesan kepada harga? apa kesan kepada pelabur?

Razali Razman berkata...

Sama-sama tuan
______________________

Private Placement bermaksud menjual saham kepada pelabur secara 'persendirian' iaitu tidak ditawarkan kepada awam. Kesannya ialah aset syarikat ditambah menerusi tunai yang diperolehi tetapi bilangan saham syarikat juga bertambah, bermaksud peratus kepentingan yang dipegang oleh pemegang saham sedia ada lebih rendah. Selain itu, apabila mengira pendapatan sesaham, keuntungan perlu dibahagikan dengan jumlah saham yang lebih besar (bermakna EPS lebih rendah jika paras untung tetap sama)

Kesan terhadap pemegang saham sedia ada bergantung kepada harga private placement dan bagaimana hasil daripada private placement itu digunakan. Jika diguna untuk menjana untung yang lebih tinggi atau melupuskan hutang yang membebankan syarikat, ia mungkin membawa kesan positif. Tetapi ia juga boleh membawa kesan negatif jika wang yang diperolehi disia-siakan.