17 Januari, 2011

Bagaimana dengan Yee Lee?

Prestasi mantap tetapi saham telah naik dengan ketara

Yee Lee ialah sebuah syarikat yang terlibat dalam pengeluaran, pemasaran dan pengedaran minyak masak bermutu tinggi (Vecorn, Cap Helang), pemprosesan minyak sawit mentah dan isirung sawit, mencetak dan mengilang tin, pengilangan papan gentian, karton dan kotak dan juga pembuatan beberapa produk pengguna lain.

Seorang pembaca ada bertanyakan tentang Yee Lee, dan saya ada menyebut tentang syarikat pada 28 Februari di bawah posting bertajuk Keputusan Suku Terakhir 2009 Agak Kukuh.  Pada waktu itu, saham Yee Lee sangat undervalued dan ditutup pada harga RM1.71.

Selepas itu beberapa perkara telah berlaku.

Pada bulan Ogos, Syarikat telah mengumumkan terbitan bonus 2 saham bonus untuk setiap lima saham yang dipegang dan selepas itu, pecahan setiap satu saham Yee Lee menjadi dua saham.

Pendek kata, sesiapa yang memegang 1,000 saham Yee Lee akan menerima 400 saham bonus, menjadikan jumlahnya 1,400 saham.  Kemudian 1,400 ini dibahagi dua menjadi 2,800 saham. Dengan kata lain, siapa yang memiliki 1,000 saham akan memiliki 2,800 saham selepas terbitan bonus dan pecahan saham. (1 saham menjadi 2.8)

Dalam pada itu, harga Yee Lee beransur-ansur naik sehingga mencecah paras RM3.65 sebelum terbitan bonus dan pecahan saham.  Selepas pecahan saham sudah tentulah harganya jatuh untuk mencerminkan jumlah sahamyang lebih besar di pasaran, iaitu kira-kira RM3.65/2.8 = RM1.30

Jadi sekarang ini carta sejarah saham akan mencerminkan harga Yee Lee selepas melaraskan terbitan bonus dan pecahan saham ini supaya lebih konsisten.

Dipetik daripada Bursa Station

Dengan jumlah saham baru ini, pendapatan sesaham pun akan jatuh untuk mencerminkan bilangan modal saham lebih besar di pasaran.

Sehingga suku ketiga tahun ini, syarikat mencatatkan EPS 8.6 sen dengan unjuran EPS seluruh tahun antara 11-12 sen serta Nilai Aset Bersih semasa bernilai RM1.30 sesaham.

Perlu diingat bahawa apabila menilai EPS untuk tempoh lima tahun lepas berasaskan data laporan tahunan lama, sila bahagikan angka dengan 2.8 untuk menyelaras dan membandingkannya dengan tahun semasa.

Pada pendapat saya, pada paras pendapatan semasa, Yee Lee adalah fairly valued antara RM1.00 hingga RM1.30 dan mula masuk ke tahap undervalued pada harga  RM1.00 dan ke bawah.

Seperti biasa, ini adalah penilaian kasar sahaja dan pelabur perlu membuat kajian sendiri, terutamanya tentang potensi syarikat untuk menambahkan hasil dan keuntungan pada masa depan.

2 ulasan:

Anak Kampung berkata...

terima kasih, bagaimana dengam maemode?

sepanjang tahun lepas saham saya beli semua naik

Dialog
Bank Islam
Glomac
glomac -wa
alaqar REITS
Ramunia

apa saham yang berpontensi tahun 2011 ini

Razali Razman berkata...

Salam

DAripada tinjauan kasar saya maemode ni pendapannya sangat erratic dan tak boleh diramalkan...penerbitan waran pun nampak macam main-main sahaja...dgn strike price RM1.00...tapi kalau pelabur tahu sesuatu yang orang lain tidak tahu, boleh beli untuk mengambil kesempatan daripada maklumat tersebut, tetapi sebagai saham untuk nilai jangka panjang, rasanya syarikat ini tidak kuat.