29 September, 2010

Perkembangan Terkini: Bank Islam

Prestasi Bank Islam Agak Mendatar Pada Tahun Berakhir Jun 2010


Bank Islam, satu-satunya bank patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia, telah mencatatkan prestasi yang mendatar pada tahun kewangan semasa, walaupun sepanjang tahun lepas ekonomi mengalami pemulihan dan pasaran saham umumnya telah naik.

Pada tahun kewangan berakhir Jun 2010, Bank Islam mencatatkan pendapatan sesaham (EPS) 12.74 sen berbanding pendapatan 12.69 sen pada tahun sebelumnya.  Aset ketara bersihnya (NTA) berada pada paras RM1.31 manakala dividen yang diisytiharkan ialah 1.5 sen.

Prestasi ini agak menghampakan memandangkan pada akhir tahun kewangan lepas, pihak pengurusan memberi petunjuk bahawa syarikat akan mencatatkan prestasi yang lebih baik untuk tempoh tiga tahun akan datang.  (Klik sini untuk posting mengenai Bank Islam tahun lepas).

Perkara yang membimbangkan ialah prestasi pada suku keempat tahun kewangan 2010 menunjukkan kemerosotan, iaitu, daripada 3.89 sen pada tahun kewangan sebelumnya kepada 2.11 pada tahun kewangan semasa.

Berikut adalah carta Bank Islam untuk tempoh 2 tahun lepas:


Dipetik daripada Bursa Station

Walaupun kita tidak boleh membuat perbandingan langsung, prestasi bank-bank lain agak kukuh dan semakin meningkat pada tempoh yang sama, jadi keputusan Bank Islam memang agak menghampakan walaupun keuntungannya lebih kurang sama.

Pada harga penutup RM1.24 hari ini, Bank Islam diperdagangkan pada nisbah harga pendapatan (P/E Ratio) lebih kurang 10, satu angka yang tidak tinggi dan tidak rendah.

Jika prestasi Bank Islam terus mendatar, potensi untuk menjadi saham pertumbuhan memang tiada. Jadi satu-satunya cara untuk mengambil kesempatan daripada sahamnya ialah menerusi dagangan untuk jangka masa lebih pendek.

Jika dilihat daripada graf, kita akan dapati harganya naik turun dengan paras dasar lebih kurang RM1.20 dan paras atas kira-kira RM1.30.  Justeru pelabur boleh ambil kesempatan daripada kedua-dua paras tersebut untuk menentukan bila untuk beli dan bila untuk jual.

Walau apa pun, seperti yang saya katakan berulang kali, gunakan stop-loss jika anda berdagang sebagai langkah untuk menghadkan kerugian jika berlaku kejatuhan ketara indeks pasaran.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah untung rugi saham bank islam akan mempengaruhi untung rugi pelaburan am, al-awfar,dll?

Razali Razman berkata...

Salam,

Tidak. Untung akaun tersebut adalah berasaskan dana yang dilaburkan dalam akaun tersebut sahaja dan bukan berasaskan untung rugi bank Islam

zulk berkata...

Nampak gayanya saham BIMB melonjak tinggi dari 1.24 ke 1.52. Ada apa2 berita menarik ka ?

untung sape beli awal hari itu

Razali Razman berkata...

Salam,

Memang betul...prestasi suku ketiga masih mendatar dan hambar sahaja tetapi mungkin ada khabar angin atau maklumat yang diketahui oleh orang dalam yang belum tersebar kepada umum seperti kita kerana volumnya.

Satu lagi kemungkinan ialah pergerakannya dipacu oleh momentum kerana ada orang beli dan orang lain lihat volum naik dan mereka pun belu.