05 September, 2010

Penilaian Susulan: Ajiya Berhad

Prestasi separuh pertama syarikat terus kukuh namun
keputusan separuh kedua mungkin lebih sederhana


Pada Januari 2010, saya ada menulis tentang Ajiya Bhd dalam posting bertajuk Ajiya Berhad: Pengeluar Bumbung dan Kaca Mantap. Catatan kali ini memembuat susulan prestasi Ajiya sejak tarikh tersebut.

Ajiya Bhd ialah syarikat yang mengeluarkan produk zink, aluminium dan logam untuk bumbung dan juga produk kaca yang berpangkalan di Segamat. Ajiya mempunyai dua anak syarikat utama iaitu Asia Roofing Industries yang tersenarai di Papan Utama dan Ajiya Safety Glass. Sila kunjungi laman web syarikat www.ajiya.com untuk maklumat lanjut mengenai latar belakang syarikat.

Pendapatan sesaham Ajiya untuk tempoh lima tahun lepas ialah (sen):

2005 2006 2007 2008 2009
17.1 - 17.3 - 25.2 - 32.3 - 31.8

Bagi tempoh enam bulan berakhir Mei 2010 (tahun kewangan syarikat berakhir pada 31 Nov) EPS syarikat ialah 17.36 sen, iaitu lebih tinggi daripada 12.34 sen pada tempoh yang sama tahun lepas. Nilai aset bersih (NTA) sesaham pula ialah RM2.74.

Berikut adalah carta saham Ajiya:

Dipetik daripada Bursa Station


Kita dapat lihat bahawa saham syarikat telah naik ke tahap lebih RM2.20 pada sebelum turun balik ke paras RM2.00.

Pada Jumaat lepas, harganya ditutup pada RM2.01. Pada harga ini, nisbah PE berasaskan pendapatan tahun lepas ialah 7 (agak rendah) dan harganya juga lebih rendah daripada nilai aset bersih sesaham RM2.74. Berasaskan prestasi terkini, saham kelihatan 'undervalued'

Disebabkan ciri dan produk syarikat, prestasi syarikat sudah pasti ada kaitan dengan pasaran hartanah kerana ia menjadi pembekal kepada pasaran tersebut.

Berasaskan itu, saya meramalkan bahawa Ajiya akan mencatatkan prestasi yang sederhana pada separuh kedua, dan mungkin tidak sebaik separuh pertama.

Pelabur yang berminat dalam syarikat ini boleh membeli untuk jangka panjang atau mengambil sikap tunggu dan lihat sehinggalah prestasi suku ketiga diumumkan dan juga selepas mendapat kepastian tentang keadaan ekonomi global dan Malaysia yang dijangka lebih perlahan pertumbuhannya pada separuh kedua tahun ini.

Saya sendiri mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

4405 TCHONG TAN CHONG MOTOR HOLDINGS BHD
Interim Dividend 12%

Entitlement Details:
Interim Dividend of 12% less income tax


Entitlement Type: Interim Dividend
Entitlement Date and Time: 08/09/2010 05:00 PM
Year Ending/Period Ending/Ended Date: 31/12/2010
EX Date: 06/09/2010
To SCANS Date:
Payment Date: 28/09/2010
Interest Payment Period:
Rights Issue Price: 0.000
Trading of Rights Start On:
Trading of Rights End On:
Stock Par Value:

Share transfer book & register of members will be closed from to (both dates inclusive) for the purpose of determining the entitlements

A Depositor shall qualify for the entitlement in respect of:
- Securities transferred into the Depositor's Securities Account before 08/09/2010 04:00 PM in respect of ordinary transfers.
- Securities transferred into the Depositor's Securities Account before in respect of express transfers.
- Securities deposited into the Depositor's Securities Account before 06/09/2010 12:30 PM in respect of securities exempted from mandatory deposit.

============
tuan,

mohon tunjuk ajar berdasarkan konteks di atas:
apa bezanya ex-date dgn entitlement date?

kalau saya beli saham pada 06/09/2010 pada jam 12.00 tghari, adakah saya akan mendapat dividen?

dan kalau saya jual pada 08/09/2010 4 p.m, adakah saya tidak akan mendapat dividen?

Razali Razman berkata...

Salam

Soalan ini dan jawapannya juga saya paparkan dalam posting terbaru blog.

apa bezanya ex-date dgn entitlement date?

Ex-date ialah hari apabila saham diperdagangkan tanpa dividen. Entitlement date ialah tarikh kelayakan terima dividen berasaskan nama dalam daftar pemegang saham. Ini kerana selepas beli, masa diperlukan untuk menukar nama dalam daftar. Bagi pelabur yang ingin mengetahui kelayakan dividen, tumpukan perhatian hanya kepada ex-date untuk kesenangan.

kalau saya beli saham pada 06/09/2010 pada jam 12.00 tghari, adakah saya akan mendapat dividen?

Berasaskan apa yang saya tahu, seleps ex date pejnual yang dapat dividen, bukan pembeli,


dan kalau saya jual pada 08/09/2010 4 p.m, adakah saya tidak akan mendapat dividen?

Kalau memang dah ada saham dan jual pada waktu itu, anda akan tetap dapat dividen.

Tapi kalau beli selepas 6/9 dan jual pada 8/9, memang tak dapat dividen, sebab beli selepas ex-date.

Kalau nak tahu pasal dividen, tumpukan pada ex-date.
- Beli sebelum ex date dapat dividen.
- Beli selepas ex date tak dapat dividen.

- Jual sebelum ex date tak dapat dividen
- Jual selepas ex date dapat dividen

Pada asasnya, jangan bimbang sangat tentang perkara ini kerana kalau beli sebelum ex date, walaupun kita dapat dividen, harga belian lebih tinggi. Ini kerana selepas sahaja ex-date, harga akan jatuh dengan jumlah yang lebih kurang sama (tetapi tidak semestinya sama, kerana ada faktor lain yang mempengaruhi harga saham)dengan nilai dividen yang diberi.

Pendek kata, beli sebelum ex-date ke selepas ex-date atau jual sebelum ex-date atau selepas ex-date, kesannya atau 'net effect' adalah lebih kurang sama.

Tanpa Nama berkata...

Amanah Saham + Simpanan Tetap
Dividend 14% minimum per year.
Normal rate: 20-25% per year.
Minimum personal saving : RM5000.00
Dividend given every 6 months.
Free life insurance : 10x from your savings (No need to pay for any monthly or yearly fees)
WELL KNOWN BANK

IN COMPARISON WITH ASB

Dividend 8-10% yearly (Normal rate)
Dividend given after a year.
No bonuses (Example: NO Free insurance)

Interested to know about other benefits from my fixed deposit scheme??
CALL OR TEXT ME / WE CAN ARRANGE A MEETING


FARID
013-2037250