17 Jun, 2010

Harga Titan Melonjak Secara Tiba-Tiba

Dividen dan berita mengenai cadangan jualan pacu harga

Saya ada menulis tentang Titan Chemicals dalam posting saya bertajuk Titan Chemicals Akhirnya Jadi Gergasi pada 2 Ogos 2009 (hampir setahun lepas). Pada waktu itu harga Titan adalah pada tahap antara RM1.05 hingga RM1.10.

Titan Chemicals ialah sebuah syarikat pengeluar olefin dan poliolefin yang pertama dan terbesar di Malaysia dan juga salah satu daripada pengeluar yang terbesar di Asia Tenggara. Syarikat ni mempunyai kemudahan di Pasir Gudang dan Tanjung Langsat dan juga beberapa loji di Merak Indonesia.

Pada hari ini, Titan Chemicals diperdagangkan pada harga RM1.54, iaitu kenaikan harga lebih 40% sejak setahun lepas. Berikut adalah carta saham Titan:

Dipetik daripada Bursa Station

Prestasi Titan suku pertama 2010 Titan tidaklah sebaik tahun lepas, iaitu hanya 6.12 sen berbanding 7.46 sen pada 2009. Tetapi mungkin pelabur mendapati syarikat kini mungkin boleh mencatatkan prestasi keuntungan yang lebih konsisten mulai sekarang.

Beberapa lagi pemangkin kenaikan harga ialah dividen akhir 4.5 sen yang diumumkan baru-baru ini; tindakan syarikat terus membeli balik saham sendiri; dan juga keputusan para pemegang saham utamanya untuk mempertimbangkan jualan saham kepada pelabur asing.

Berasaskan keputusan suku pertama, Titan mungkin mencatatkan EPS tahun penuh sebanyak lebih daripada 20 sen sesaham pada 2010. Justeru harganya sekarang pada RM1.54 masih boleh dikatakan undervalued.

Pelabur yang telah membeli awal boleh 'take profit' dan raih keuntungan lebih 40% atau menunggu perkembangan selanjutnya daripada syarikat, kerana nampaknya semakin ramai pelabur mula yakin dan memberi perhatian kepada Titan.

3 ulasan:

zulk berkata...

Boleh komen tentang REITS ? nakpaknya alaqar dah naik ke RM 1.09 sebelum ni dibawah RM1. Interim dividen 4.43% kira ok :)

Adakah harga akan naik lg..masa sesuai utk beli ke ?

Zayed Zulkifli berkata...

Current Price RM1.46
New Target Price RM2.17

Razali Razman berkata...

Salam

Zul,
analisis dah dibuat dalam posting terbaru saya.

Zayed,
Terima kasih kerana info