20 Jun, 2010

Al-Aqar REIT: Pelaburan Konservatif Mantap

Potensi pulangan lebih 7% daripada Al-Aqar REIT

REIT atau Amanah Pelaburan Hartanah ialah sebuah entiti pelaburan yang mengumpulkan dana daripada pelabur untuk membeli dan menguruskan aset hartanah, antara lain termasuk rumah, pangsapuri, bangunan komersil, rumah kedai dan juga ladang kelapa sawit. Maklumat lanjut mengenai REIT boleh dibaca di posting lama saya di sini.

AL-Aqar REIT melabur dan memiliki bangunan hospital yang dikendalikan oleh KPJ Healthcare dan meraih pendapatan menerusi sewaan hospital tersebut.

Pelaburan dalam Al-Aqar REIT adalah bersifat bertahan, mirip seperti melabur dalam hartanah, dengan matlamat menerima dividen dan juga kenaikan modal menerusi kenaikan harga.

Antara bangunan hospital hospital yang dimiliki oleh Al-Aqar termasuk hospital pakar ampang puteri, hospital pakar damai, hospital pakar damansara, hospital pakar selangor, hospial pakar seremban, hospital tawakkal dan banyak lagi.

Pelabur yang melabur dalam REIT biasanya ialah pelabur yang mahukan pelaburan bersifat bertahan dengan dividen sebagai matlamat utama dan kenaikan harga sebagai matlamat kedua (kerana biasanya pergerakan harga adalah perlahan).

Tidak seperti saham biasa, REIT tidak begitu volatil dan bersifat lebih stabil. Namun begitu, tahap keuntungan yang boleh diperolehi adalah terhad dan kita tidak boleh mengharapkan untuk menggandakan wang kita dalam masa setahun atau dua.

Dalam tempoh tiga tahun lepas, REIT ini telah mengumumkan dividen seperti berikut (%):

2006 2007 2008 2009
- 7.25 7.32 7.52 7.70 -

Sementara itu, Al-Aqar telah mengumumkan dividen interim 4.43% baru-baru ini untuk tahun kewangan 2010. Harga penutup REIT ini ialah RM1.09 pada hari Jumaat, 18 Jun 2010.

Pada harga RM1.09 dan jika dividen tahun penuh ialah 8.5% (anggaran konservatif), maka dividen yield atau pulangan dividen ialah lebih kurang 7.80%. Pada pendapat saya ini satu pulangan yang boleh dikatakan memuaskan bagi pelabur konservatif.

Kalau anda beli rumah dan kondominium dan sewakan sendiri, tahap pulangan seperti ini sukar untuk diperolehi.

Perhatian bahawa bagi pelabur runcit yang membeli pada harga asal iaitu RM0.95, jika dividen setahun penuh ialah 8.5%, maka dividen yield ialah hampir 9%, dan mereka telah mendapat keuntungan moda sebanyak lebih kurang 14%.

Justeru kesimpulan yang boleh dibuat ialah Al-Aqar REIT ialah pelaburan yang agak mantap bagi pelabur konservatif dan masih agak kukuh walaupun harganya telah naik sedikit.

8 ulasan:

zulk berkata...

kenapa selepas x date saham jatuh dari RM1.09 ke Rm1.05...? tak faham le

Razali Razman berkata...

Memang begitu...biasanya selepas pengumuman dividen, harga saham naik sebanyak kadar dividen ...manakala lepas ex-date, ia akan jatuh sebanyak jumlah dividen.

Pembelian saham selepas tarikh dividen diumumkan tidak akan membawa sebarang keuntungan dari segi dividen (tetapi harga mungkin naik turun berasaskan faktor lain)kerana harga saham telah naik untuk mengambil kira dividen tersebut.

zulk berkata...

saya dapati 2-3 hari ini saham alaqar naik banyak sehingga hari ini RM1.16 daripada Rm1.03.

Ada apa2 berita baik ke ?

Razali Razman berkata...

So far saya cari takde perkembangan terkini.

Mungkin naik sebab seiring kenaikan pasaran atau disebabkan minat yang semakin tinggi terhadap REIT kebelakangan ini. (Di Investorexpo tempoh hari ada pembentangan yang menarik tentang REIT oleh Stuart Labrooy, CEO AxisREIT)

General juhziz berkata...

macam mana nk beli REIT Al-Aqar ni?

bape RM paling minimum boleh beli?

tgk macam berpotensi besar REIT ni..

bape caj yg dikenakan?

saya baru nk berjinak dlm pelaburan..

minta penerangan bro2 semua.

bleh balas kt cni @ kt vistanamuet@yahoo.com

Razali Razman berkata...

Salam

-mcm mana nk melabur dlm reit al-aqar ni?
- sama seperti melabur dalam saham. Jual beli pun sama macam saham

-ROI dia?
Dividend yield seperti yang diterangkan dalam artikel.

-caj dia?
Sama seperti beli saham, bergantung pada sama ada anda beli online (lebih kurang 0.42%) atau menerusi telefon (lebih kurang (0.6%)

-bape RM minimum nk stat melabur?
Seperti yang dinyatakan dalam artikel, 1 lot atau bersamaan 100 saham

-volatile mcm UT k?
UT ekuiti rasanya lebih volatile.

-reit ni sejenis UT k?
Bukan, lain sikit, REIT melabur dalam hartanah

Pendek kata REIT ni macam melabur dalam saham juga, tapi harganya tak volatile kerana syarikat REIT ini menyewa hartanah yang dimiliki. Jangan harap nak gandakan wang anda dengan pelaburan REIT ini. Sebaliknya harapkan dividend yield lebih kurang 7% dan mungkin capital gain (kenaikan harga) dalam jangka panjang.

Tapi seperti biasa, kalau tak diuruskan dengan baik, REIT juga boleh rugi, menyebabkan kerugian pelabur

Terima kasih

general juhziz berkata...

salam

1.Tuan,bolehkah tuan memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana hendak membuka Ac CDS ..

2.dalam komen Tuan pada artiket Al-aqar reits tuan mengatakan pembelian secara online dikenakan caj 0.42% bagi reits

3.saya berminat untuk melabur dlam 2 lot Axis reits & 3 lot al-aqar reits dlm kuantitikecil sebagai permulaan.tapi tidak tahu bagai mana mahu bermula.

diakhiri dgn terima kasih

vistanamuet@yahoo.com

Razali Razman berkata...

Salam General Juhziz

Minta maaf kerana lambat jawab sebab saya tiada di Malaysia selama 1 1/2 bulan.

Kalau belum buka akaun lagi...cuba tanya bank tuan sama ada mereka ada menawarkan akaun jual beli saham online. Kebanyakan bank sudah ada perkhidmatan ini.

Saya sendiri menggunakan Maybank dan boleh disepadukan dengan mudah bersama akaun Maybank2U saya. Kos untuk buka akaun ialah RM20. Anda hanya perlu tanya bank tersebut, minta borong dan isi borang. Mereka akan proses segalanya untuk anda. Pastikan jangan bukan akaun margin (hutang) sebaliknya buka akaun dagangan biasa.