27 Mei, 2010

Glomac Berhad: Prestasi Nampak Kukuh

Pembangunan komersil dijangka pacu keuntungan

Glomac ialah sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka yang mempunyai pelbagai projek yang sedang dibangunkan termasuk Bandar Saujana Utama, Saujana Rawang, Lakeside Residences, Suria Stonor, Glomac Cyberjaya dan Glomac Damansara.

Sejak ditubuhkan pada 1988 oleh Tan Sri Dato' FD Mansor dan Datuk Richard Kong, syarikat telah berkembang maju dan telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 13 Jun 2000.

Berikut adalah prestasi keutungan sesahamnya (EPS) pada tempoh lima tahun lepas (sen):

2005 2006 2007 2008 2009
- 17.4 16.8 14.5 13.6 11.4 -

Pada tiga suku pertama tahun kewangan 2010, syarikat telah mencatatkan EPS 9.86 sen. Justeru prestasi keuntungan tahun ini dijangka mengatasi paras untung tahun lepas.

Nilai aset ketara bersih sesaham sehingga suku ketiga tahun kewangan 2010 adalah RM1.87. Pada harga penutup hari ini iaitu RM1.23, price to book ratio Glomac ialah lebih kurang 0.68.

Berikut adalah carta saham Glomac untuk tempoh 5 tahun lepas :



Dipetik daripada Bursa Station

Kita dapat lihat bahawa harga Glomac telah jatuh seiring dengan kejatuhan pasaran baru-baru ini. Tetapi adakah saham ini undervalued?

Menurut AMResearch, target price yang ditetapkannya bagi Glomac ialah RM1.40. Manakala pada harganya sekarang, iaitu RM1.23, ia diperdagangkan pada forward PE di bawah 10. Harga sahamya juga lebih kurang 30% di bawah NTA.

Satu lagi faktor yang perlu diberi perhatian ialah pihak pengurusan telah membeli balik saham secara agresif dalam tempoh enam bulan lepas. Mungkin ini petanda pihak pengurusan yakin tentang prestasi masa depannya.

Kejayaan Glomac banyak bergantung kepada kadar jualan projek komersil yang dibangunkan seperti GlomacTower, Glomac Damansara dan Glomac Cyberjaya.

Pada pandangan saya saham tidaklah terlalu undervalued berasaskan prestasi lepas dan prestasi semasa, tetapi yang menarik ialah potensi masa depannya. Jika syarikat dapat melaksanakan projek semasa dengan baik, potensinya amat cerah.


Nota: Bagi mereka yang memantau saham Latitude Tree ada perkembangan terkini yang telah saya catatkan pada posting tersebut.

8 ulasan:

Pok Li berkata...

terima kasih kerana buat calculator tu.

zulk berkata...

Terima kasih ...Glomac baru announce interim dividen ...

Interim Dividend 4 Sen

Entitlement Details:
Interim Dividend of 4sen (less Tax)


Entitlement Type: Interim Dividend
Entitlement Date and Time: 15/06/2010 05:00 PM
Year Ending/Period Ending/Ended Date:
EX Date: 11/06/2010
To SCANS Date:
Payment Date: 22/06/2010
Interest Payment Period:
Rights Issue Price: 0.000
Trading of Rights Start On:
Trading of Rights End On:
Stock Par Value:

Share transfer book & register of members will be closed from to (both dates inclusive) for the purpose of determining the entitlements

A Depositor shall qualify for the entitlement in respect of:
- Securities transferred into the Depositor's Securities Account before 15/06/2010 04:00 PM in respect of ordinary transfers.
- Securities transferred into the Depositor's Securities Account before in respect of express transfers.
- Securities deposited into the Depositor's Securities Account before in respect of securities exempted from mandatory deposit.
- Securities not withdrawn from the Depositor's Securities Account as at .
- Securities bought on KLSE on a cum entitlement

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Saya baru beli dan baca buku Panduan Bijak Melabur. Thanks, banyak ilmu & tips. Boleh tinjau syarikat Fiamma Holdings Berhad?

Macam berkembang je syarikat nie...

TQ

Razali Razman berkata...

Salam,

Pok Li dan Zulk, sama-sama

Tanpa Nama....nanti saya akan usahakan...harap dapat berikan nama saudara.

mohdali88 berkata...

Salam,

Tanpa nama... dah ada nama - mohdali88...

Kenmark terus menjunam... kenapa?

Sekian

Razali Razman berkata...

Salam,

Sebenarnya ini kes pengarah cabut lari dan meninggalkan pekerja begtu sahaja. Kes penipuan besar ni...kena tunggu hasil siasatan terlebih dahulu tapi harga saham memang dan menjunam

zulk berkata...

nampaknya saham glomac dah naik tinggi RM1.70 untung sape beli masa murah hari itu.
glomac-wa pundah tinggi RM0.65


rugi saya jual awal hari itu :)

Razali Razman berkata...

Takpelah bro,

Untung yang dapat tu syukurlah...takda siapa yang tahu dengan tepat berapa tinggi dia boleh naik atau bila dia jatuh kembali. Yang penting dapat untung yang memuaskan.