14 Mac, 2010

Scomi Group: Peluang atau Perangkap

Prestasi kurang baik pada 2009 kerana kemerosotan
nilai muhibah dan hapus kira hutang lapuk


Ada seorang pembaca bertanyakan tentang Scomi Group, yang harga sahamnya semakin menurun kebelakangan ini. Prestasinya pada tahun kewangan 2009 adalah kurang baik berbanding 2008 menyebabkan kejatuhan harga saham.

Terlebih dahulu sedikit latar belakang mengenai Scomi Group. Syarikat ini ialah sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan empat anak syarikat utama, iaitu Scomi Oiltools, Scomi Engineering (tersenari), Scomi Oilserve dan Scomi Marine (tersenarai).

Secara ringkasnya, daripada operasi anak-anak syarikat ini, Scomi ialah antara pembekal perkhidmatan global dalam indusri minyak dan gas; perniagaan monorail, bas dan kenderaan khas; dan sewa kapal dan logistik marin.

Antara projek terkenalnya yang sering mendapat liputan akhbar ialah projek monorail di Mumbai yang sedang dalam proses pelaksanaan.

Berikut adalah keputusan pendapatan sesaham (sen) Scomi Group dalam tempoh 5 tahun lepas:

2005 2006 2007 2008 2009
- 0 - 7.5 - 10.2 - 11.3 - 0.94

Di bawah adalah carta Scomi untuk tempoh 5 tahun lepas.

Dipetik daripada Bursa Station


Syarikat telah mencatatkan prestasi kurang baik pada 2009 disebabkan oleh kerugian akibat kemerostan nilai muhibah bernilai RM227 juta dan juga peruntukan hutang ragu sebanyak RM14 juta (kedua-duanya dialami sekali dan tidak berulang).

Jika kedua-duanya tidak diambil kira syarikat akan mencatatkan keuntungan RM56.9 juta. Syarikat meramalkan bahawa suasana operasi bagi perniagaan teras lebih baik pada 2010. Jika syarikat tidak mengalami sebarang kerugian akibat peristiwa lain, keputusan pada 2010 dijangka kukuh.

Walau apa pun, kita kena tunggu dan lihat dan keputusan pada suku pertama 2010 (biasanya diumumkan pada hujung Mei) untuk melihat sama ada prestasi Scomi akan meningkat.

Bagi mereka yang yakin bahawa Scomi mampu mencatatkan prestasi lebih mantap, saya rasa masa terbaik untuk membeli ialah sekarang kerana harganya hanya 38.5 sen pada hujung minggu lepas (12 Mac).

Tetapi bagi mereka yang mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat, tunggulah sampai keputusan suku tahunan seterusnya diumumkan.

Pada pandangan saya. harga Scomi akan dipacu oleh dua perkara, iaitu spekulasi dan juga prestasi kewangannya pada suku tahun akan datang.

Walau apa pun, seperti lazimnya dengan saham-saham yang ada risiko, saya cadangkan anda tetapkan stop loss apabila anda membeli untuk mengelakkan kerugian besar.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Apa pandangan tuan sekiranya ada pengumuman daripada CEO SCOMI Group yang CEO disposed sahamnye.

Razali Razman berkata...

Salam,

Kalau dia dispose saham, kena find out kenapa...adakah kerana nak diversify atau sebagainya...sebab yang diberikan akan tentukan sama ada ia satu perkembangan negatif atau tidak. CEO jual saham tidaklah seteruk jika major shareholder jual saham.

Setahu saya perkembangan terkini ialah ada major shareholder yang jual saham, iaitu Kaspadu Sdn Bhd...saya tak tahu sebabnya, tapi dilihat daripada harga rendah yang dijual di pasaran terbuka, saya rasa mungkin mereka perlukan duit dan tidak semestinya menandakan prospek syarikat kurang baik