18 Jun, 2009

Ceramah Buku Panduan Bijak Melabur

Tarikh: Sabtu - 27 Jun 2009
Lokasi: MPH MidValley Megamall
Jam: 3.00 - 4.00 ptg

Saya akan mengadakan ceramah buku bertajuk Langkah-Langkah Untuk Melabur Dengan Bjiak pada hari Sabtu, 27 Jun 2009, di MPH Mid Valley Megamall atas jemputan MPH. Ini adalah sebahagian daripada program promosi buku Panduan Bijak Melabur.

Saya menjemput anda semua untuk menghadirinya. Lokasinya ialah di ruang tengah gedung buku MPH MidValley. Berikut adalah perkara-perkara yang akan disentuh.

1. Mengapa Melabur Dalam Saham?
2. Konsep Pelaburan Asas
3. Langkah Sebelum Melabur
4. Mencari Idea Pelaburan
5. Mengawal Perasaan

Ceramah ini adalah percuma dan merupakan peluang bagi saya berkenalan dengan pembaca dan juga mereka yang berminat dalam pelaburan saham. Saya akan berusaha sedaya-upaya untuk memberikan hadirin seberapa banyak maklumat yang mungkin dalam masa yang ditetapkan dan kalau sempat, mengadakan satu sesi soal jawab. Jumpa anda di sana!

4 ulasan:

miepekan berkata...

salam,

Good luck ...wish i be there...

Razali Razman berkata...

Wasalam,

Thanks!

dins berkata...

saya baru jer beli semalam...memang sesuai untuk mereka yg nak berjinak melabur dalam saham.kalau rating 10 saya bagi 9.saya akan war2kan kpd rakan2 lain.

thanks bro.

Razali Razman berkata...

Terima kasih Din,

Harap buku ini telah membantu.