01 Februari, 2009

Hidup dan Belanja Ikut Kemampuan

Biar Tak Glamor Asal Dapat Tidur Lena

"Live Within Your Means"

Inilah caranya untuk hidup dengan tenang sambil membina aset untuk jangka panjang. Sungguh mudah dan nasihat ini boleh dibaca di mana-mana. Tetapi ada sesuatu yang menyebabkan ramai orang tidak dapat mengamalkannya. Saya tak pasti tahu apakah faktor sebenar yang menyebabkan kesukaran untuk hidup mengikut kemampuan. Kita bukannya dinasihatkan untuk tidak berbelanja...kerana kalau kita tak berbelanja bagaimana ekonomi Malaysia nak maju. Cuma berbelanja ikut kemampuan.

Jika kita hidup ikut kemampuan,
1. Kita tidak perlu berhutang, terutamanya hutang pengguna
2. Kita tak perlu kereta terlalu besar, yang memerlukan belanja besar untuk disenggara
3. Kita tak perlu beli produk jenama mewah
4. Kita akan membandingkan harga dan nilai produk
5. Kita akan menabung setiap bulan
6. Kita dapat bayar bil tepat pada masanya
7. Kita ada wang untuk sebarang kecemasan (tak perlu pinjam orang atau bank)
8. Kita tiada motivasi untuk berlumba mendapatkan produk atau fad terkini.
9. Kita tiada masalah menghadapi kegawatan ekonomi
10. Kita tak kisah apa orang lain kata
11. Kita ada duit untuk menderma untuk tujuan kebajikan pilihan
12. Kita akan bersyukur dengan apa yang kita ada, bukan asyik mengejar apa yang tiada
13. Kita tak 'jealous' bila jiran/saudara-mara kita beli kereta baru, TV baru atau sofa baru.
14. Kita tunggu sehingga harga produk terkini (seperti TV/Komputer) jatuh sebelum beli
15. Kita tidak terburu-buru nak melabur dalam skim pelaburan pulangan tinggi
16. Kita tukar barang bila perlu tukar, bukan kerana hendak tukar
17. Kita pentingkan penyenggaraan barang dan penjagaan kesihatan.
18. Kita akan sedar bahawa 'The best things in life are free (or almost free)".
19. Kita akan bina kekayaan secara perlahan-lahan
20. Kita dipujuk oleh Bank untuk mengambil pinjaman (tapi kita tak layan).


Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

4 ulasan:

Pok Li berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Pok Li berkata...

Sifat 'cukup' ini yang sukar untuk diterjemahkan. Terutama dalam dunia yang terdedah dengan persaingan. Bukan lagi soal persaingan emas-urai, perabot dan Tv. Tetapi sudah sampai kepada persaingan yang lebih eksklusif. Makannya dimana, pakai kereta apa, tinggal dikawasan mana, anaknya belajar dimana, kalau bercuti di negara mana, kalau beli saham, saham blue chip ke......:(

rantong berkata...

Sekadar ingat mengingatkan. Jangan lupa selalu berdoa untuk saudara kita di Palestin. Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Sumber: JAKIM
View Profile: Rantong

MIJI berkata...

Salam,
sesungguhnya membazir itu amalan syaitan. :)


http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/