20 November, 2008

Pisah dan Senaraikan Unit Perbankan Islam

Tiada pilihan untuk melabur dalam institusi perbankan Islam

Sekarang ramai yang sibuk memperkatakan tentang perbankan Islam dan bagaimana ciri-ciri sistem kewangan Islam yang tidak menjual beli instrumen seperti derivatif dan hutang telah menyelamatkannya daripada krisis kewangan. Selain itu, perbankan Islam dijangka terus berkembang pesat dan bakal menjadi tunjang ekonomi negara, selain memainkan peranan semakin penting dalam perdagangan global.

Melihatkan kekuatan sistem perbankan Islam, sudah tentulah pelabur Islam, yang hanya sanggup melabur dalam saham patuh syariah, ingin mengambil kesempatan daripada peluang ini. Namun jika kita melihat senarai saham patuh syariah dalam industri kewangan, hanya ada dua, sebuah syarikat takaful dan sebuah bank, iaitu Bank Islam. Persoalan yang ingin ditanya di sini ialah bagaimanakah pelabur Islam boleh mengambil kesempatan daripada kemajuan sistem perbankan Islam sekiranya mereka tidak diberikan pilihan.

Kita sedia maklum bahawa hampir semua bank di negara ini mempunyai 'Islamic Window' ataupun anak syarikat yang berurusan dalam perbankan Islam. Setiap satunya menawarkan perkhidmatan bank Islam. Malangnya, pelabur Islam tidak boleh melabur dalam saham Bank biasa kerana jumlah pendapatan yang agak besar yang diperolehi daripada operasi konvensional yang berunsur riba.

Untuk mengatasi masalah ini, bank-bank harus memisahkan sepenuhnya unit perbankan Islam masing-masing dan menerbitkan saham baru menerusi IPO supaya orang ramai boleh membeli saham tersebut. Dengan cara ini, barulah sistem perbankan Islam menjadi semakin sempurna kerana kedua-dua operasi dipisahkan dari segi entitinya, membuatkan pelanggan lebih yakin dan pelabur pula berpeluang untuk bersama-sama menikmati manfaat perkembangan pesat perbankan Islam di negara ini.

4 ulasan:

RAHISAM RAMLI berkata...

Saudara Razali-Bagi pelabur "junior" seperti saya lebih banyak berpandukan penerangan maklumat dari agen pelaburan.

Trend sekarang produk-produk yang memakai label Islamik ini sudah masih diragui, apatahlagi bank konvensional menerajui lebih advance berbanding Bank Islam sendiri.

Mungkin ada pro kon dalam kemajuan produk berbanding status Bank itu sendiri sebagai pengendali produk Islam

miepekan berkata...

Satu pendapat yg menarik. Pelbagai keadah telah dilakukan oleh berbagai pihak untuk memertabatkan Islamic banking. Moga terus kukuh

en_me berkata...

hi abang ittewww.. salam weekends

Razali Razman berkata...

Salam Semua,

Sememangnya Perbankan Islam semakin kukuh, cuma yang perlu ditambah ialah saluran bagi Pelaburan Islam.