23 November, 2008

Buat Kajian Sebelum Melabur

Melabur berasaskan cadangan orang semata-mata kurang bijak
Kita perlu selidik sendiri pelaburan untuk mengelak kerugian

Melabur bukan perkara main-main. Pembelian saham, hartanah, unit amanah atau pelaburan lain harus dipertimbangkan dengan teliti. Kita tidak boleh melabur semata-mata atas nasihat daripada rakan dan sanak-saudara, atau kerana terbaca analisis yang dibuat oleh pakar. Seperti membeli apa jua barangan lain, kita perlu berwaspada apabila melabur.

Kalau beli kereta umpamanya, saya lihat ramai yang membuat analisis terperinci, membandingkan tiga atau empat jenama dengan teliti, contohnya rupa bentuk, keselamatan, kelajuan tertinggi, tahap penjimatan minyak dan lain-lain. Semua ini penting untuk memastikan anda membuat keputusan yang betul dan memilih kereta yang sesuai dengan keperluan anda.

Jika kita melabur, terutamanya melabur dalam saham, kita juga harus teliti dan membuat analisis. Pertimbangan harus diberikan kepada tahap keuntungan semasa, aset bersih, kedudukan tunai, keupayaan pihak pengurusan, produk syarikat, kedudukan hutang, dividen dll. Bagi mereka yang melabur dengan menggunakan analisis teknikal, mereka harus mengkaji pergerakan harga saham menerusi carta. (Perbandingan antara analsisi asas dan analisis teknikal akan dibuat dalam catatan pada masa depan).

Walaupun kita percaya kepada broker, rakan atau pakar yang menganalisis yang mengesyorkan saham syarikat tersebut, kita tidak harus terburu-buru membeli. Kita perlu tinjau saham tersebut setakat yang kita mampu. Tindakan ini memberikan satu lagi tahap perlindungan kepada kita. Perlu diingat bahawa jika anda yang melabur, risiko ditanggung oleh anda dan bukannya orang yang mencadangkan saham tersebut. Tidak salah mendapatkan tips dan nasihat daripada orang lain, memang ini satu langkah yang baik. Namun begitu, pastikan anda selidik sendiri dahulu. Anda tidak boleh menyalahkan orang lain jika anda rugi.

4 ulasan:

miepekan berkata...

Hi Razali,

I have been following your articles so far...can you write something on practical ways to promote good savings habits among our kids. :)

RAHISAM RAMLI berkata...

Saudara Razali-Inilah kelemahan ketara apabila melalukan sesuatu tanpa asas kukuh atau membuat kajian.

Pelaburan juga seringkali disalahtafsirkan sebagai sumber kekayaan yang datang bergolek, sambil goyang kaki, tidak perlu bersusah payah. Cuma masukkan duit dan tunggu dividennya sahaja.

Akibat terlalu banyak pilihan maka yang sering dilihat hanyalah margin dividen yang tinggi sahaja, sedangkan risiko yang dihadapinya sering dilupakan.

ZulBM berkata...

Nak tambah....antara faktor yg penting sebelum membuat pelaburan adalah apakah tahap risk/risiko yg sanggup anda ambil? Adakah anda didlm kategori high risk, medium risk atau pun konservatif?

Selalunya kalau kita nak nelabur especially dlm pasaran saham, eloklah lebihan duit yg tak di gunakan tu....

Razali Razman berkata...

Hi Miepekan...I am not too well versed on the subject of kids, but my kids are reaching the age where they need to be taught about this too. So I'll look into it and do some reading on the matter and may touch on it sometime in the near future. Kids nowadays are so focussed on spending rather than saving...or maybe its our fault...we spend on them sebab 'sayangkan anak'

Sdr Rahisam dan ZulBm - Memang setuju, risiko yang diambil selalu tidak dipertimbangkan. Sebenarnya walau apa pun jenis pelaburan, risiko kerugian boleh dikurangkan dengan menilai secara terperinci pelaburan tersebut.