28 September, 2008

Beli Unit Amanah Menerusi Internet?

Fundsupermart.com tawarkan yuran lebih rendah

Baru-baru ini, saya ada membaca beberapa rencana iklan di akhbar yang dikeluarkan oleh fundsupermart.com. Mereka menjual unit amanah menerusi Internet dan menawarkan yuran perkhidmatan yang lebih rendah berbanding ejen jualan biasa. Tetapi bukan semua dana ditawarkan, cuma dana syarikat tertentu sahaja, termasuk OSK, Prudential, Affin, TA, PHEIM dan RHB. Laman web tersebut dimiliki oleh OSK.

Perkara yang menarik ialah dana daripada dua gergasi unit amanah, iaitu CIMB dan Public Mutual tidak ditawarkan di sini. Laman ini masih baru lagi dan saya rasa jika anda memang sudah membuat keputusan untuk membeli salah satu daripada dana yang ditawarkan, maka memang berbaloi untuk membeli dari sini. Namun pada pendapat saya keputusan beli masih lagi bergantung kepada prestasi dana. Jika dana daripada syarikat-syarikat prestasi terbaik tidak ditawarkan, mungkin laman ini kurang mendapat sambutan. Tetapi kita perlu tunggu dan lihat selama setahun sebelum kita boleh menentukan sama ada inilah trend pembelian unit amanah pada masa depan.

Tetapi ada satu dana yang ditawarkan yang menarik perhatian saya, iaitu dana indeks OSK KLCI Tracker yang menjejak prestasi Indeks Komposit Kuala Lumpur. Jika anda tidak yakin dengan keupayaan pengurus dana untuk mengatasi prestasi pasaran (lihat artikel saya bertajuk Prestasi Pengurus Dana), inilah dana terbaik untuk dibeli, lebih-lebih lagi dengan paras indeks yang rendah sekarang dan juga yurannya yang berpatutan. Persoalannya ialah adakah CIMB, Public Mutual atau MAAKL akan menawarkan kemudahan pembelian menerusi Internet yang sama untuk dana-dana mereka?

2 ulasan:

CheeWee berkata...

Expo Pelaburan di KLCC 17-18 Okt. Ada seminar FOC, check out link:
http://www.investorexpo.com.my/seminars.html

Fundsupermart antara penaja expo.

BijakWangBijakIT berkata...

Masa blog ini ditulis: 28 SEPTEMBER, 2008

Sekarang: 5 APRIL 2011

1. dah ada Public Mutual Online. boleh buat bayaran melalui FPX (online banking), sales charge 5.5%.

2. CIMB pun dah boleh invest online, tapi fund2 yang tertentu jer, sales charge pun berbeza. jenis ekuiti sales charge tinggi sikit. http://www.cimbclicks.com.my/clicksdemo/unit_trust_fund_pricing_01.html?form=unit_trust_fund_pricing_01.html

Zaman IT..nothing is impossible. :D