Header Graphic

Gedung Labur Niaga

 
Testimonial 

Selamat Datang Ke Gedung Labur Niaga!

Testimonial

 

Buku Pelaburan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nama saya Razali Razman. 

Matlamat laman ini ialah untuk menawarkan buku, e-book dan risalah pelaburan dan kewangan yang saya tulis sendiri dalam Bahasa Malaysia, yang mengkhusus dalam instrumen pelaburan patuh Syariah.

Saya sebenarnya menguruskan perniagaan keluarga dalam bidang penulisan dan penterjemahan yang bernama Razz Publications.

Kami menawarkan perkhidmatan kepada syarikat perhubungan awam, media dan juga syarikat tersenarai.

Pengkhususan saya ialah dalam bidang penulisan kewangan, tetapi saya turut menulis dan menterjemah dokumen dalam pelbagai bidang lain, termasuk bidang teknikal. 

Saya pernah menyumbang lebih sepuluh artikel dalam majalah Dewan Ekonomi dan juga pernah menulis rencana untuk majalah Agama dan Falsafah.

Dalam urusan kerja, saya dapati maklumat tentang pelaburan dan kewangan dalam Bahasa Malaysia amat kurang. 

Malah dalam bidang kewangan Islam juga kita dapati jauh lebih banyak maklumat dan sumber dalam Bahasa Inggeris.

Bagi yang lebih fasih dalam Bahasa Malaysia, anda mungkin tidak berpeluang menimba ilmu pelaburan daripada pelabur terkemuka dunia seperti Warren Buffet, Benjamin Graham, Peter Lynch dan Philip Fischer kerana semua buku mereka ditulis dalam Bahasa Inggeris. 

Justeru saya telah memulakan blog bernama Risalah Labur Niaga untuk menyampaikan maklumat pelaburan, kewangan dan perniagaan dalam Bahasa Malaysia.

Saya juga telah menulis e-book bertajuk Panduan Asas Saham dan buku Panduan Bijak Melabur dan Panduan Pelaburan Unit Amanah dan akan menulis buku dan e-book lain dalam bidang pelaburan pada masa depan.

Pada peringkat selanjutnya, saya juga mungkin mula menawarkan e-book daripada penulis lain yang saya rasa boleh membawa manfaat kepada pembaca.

Sekiranya anda mahu melibatkan diri dalam pelaburan saham atau anda mahu meningkatkan IQ kewangan, anda boleh membeli ebook saya Panduan Asas Saham sebagai langkah pertama dan seterusnya buku Panduan Bijak Melabur untuk membuat analisis lanjut. 

Sebaliknya jika anda mahu melabur dalam unit amanah, dapatkan buku Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada pautan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang buku dan cara untuk membeli.

Diskaun Pembelian

Bagi pembelian dua buku, tidak kira sama ada ebook atau buku, saya akan memberi diskaun RM5 dan bagi pembelian tiga buku saya memberikan diskaun RM10, selagi alamat penghantaran adalah sama.

Diharap anda mengambil kesempatan ini dengan membuat pesanan secara sekaligus.

Selamat Melabur!